Pengalaman saya masih setahun jagung dalam dunia iklan berbayar. Tetapi saya rasa post ini sgt berguna supaya anda juga tidak melakukan kesilapan seperti saya. Mungkin post ini dapat menjimatkan wang anda!

Sebenarnya title yang betul adalah 5 Ilmu Baru Yang Saya Belajar dari Kesilapan Yang Lalu. Tapi saya rasa, ramai tak akan click. So hopefully, dengan title post macam ni, ramai yg click. 🙂

Berikut adalah kesilapan-kesilapan besar saya yang anda jangan buat kalau tak nak rugi.

 

#1 Tiada Matlamat Jelas

Dulu masa saya buat ads, saya hanya buat ads sebab saya fikir, buat ads ni untuk hebohkan atau memberitahu yang saya jual produk A, B, C,D dan lain-lain lagi.

So buat sekadar buat. Bayar sekadar bayar.

Takde matlamat jelas.

Tengok engagement tinggi. Bangga. Ramai share.

Result? Tiada. Sale? Tiada. Duit habis.

Apa yang anda boleh buat? 

Rangka campaign anda dengan matlamat. Aku buat campaign ni utk apa? Aku nak buat awareness? Aku nak dapatkan reach? Aku nak orang tahu yang ada produk dapat selesaikan masalah mereka?

Apa KPI setiap campaign yang anda nak buat ni. Share ke. PPE 0.02 sen ke. Berapa lead dapat.

Selepas anda dah tau matlamat anda, fikir tentang macam mana anda nak sampaikan maklumat supaya prospek tahu akan kewujudan produk anda dan apa yang dapat diselesaikan.

 

#2 Tidak Tahu Ads Utk Siapa

Ni yang paling teruk. Avatar. Kita slalu dengar avatar avatar avatar kan? So sama la dengan saya. Ada la avatar tapi tak details. Sekadar tahu – aku nak target orang berduit, umur sekian-sekian, tinggal di sekian-sekian.

Ouhhhh. Big mistake!

Saya tak tahu pun macam mana nak sampaikan mesej kepada mereka. Bahasa macam mana mereka guna. Apa pain point mereka. Apa emotional trigger mereka. Apa keinginan mereka. Apa social achievement yang mereka nak capai. Apa self satisfaction yang mereka nak. Saya tak kaji dan saya tak tahu.

Audience baca copywriting saya, tak boleh nak relate. Tak ngam.

Patutlah result pun tak ada! Jangan ulangi kesilapan ini.

Apa yang anda boleh buat? 

Kenal pasti avatar pelanggan kita. Macam mana mereka bercakap, di mana mereka berada, apa pain point mereka, apa emotinal mereka. apa kehendak mereka.

Tanpa data-data di atas, kita tak tahu macam mana cara penyempaian terbaik untuk menyentuk mereka supaya mereka interact dengan kita.

Boleh guna PDF ini sebagai guidance.

 

#3 Tidak fikir tentang “Traffic”

Benda pertama yang saya buat selepas saya decide untuk buat onliness business adalah website/eCommerce. Sehari hampir 4-5 jam saya spend buat website. Tidur pukul 2AM-3AM kadang2.

Sebab saya buat website ada banyak. Salah satu sebab saya mahir buat website, eCommerce ni. Lagi satu saya fikir, tak perlu nak WhatsApp, PM bagai. Pergi je dekat website.

Seminggu. 2 minggu. 3minggu berlalu. Sebulan. Dan saya mula sedar.

Aku ni siapa sebenarnya? Kenapa orang nak pergi ke website aku?

Aku ni dipercayai ke utk orang berurusan?

Macam mana aku nak tarik audience pergi ke website?

Saya tak pernah fikir semua ni! Hampir 2 bulan bazir masa ibarat bukak kedai tetapi tak jemput orang masuk. Rugi masa.

Dah sedar, saya mula “melihat” apa yang sudah berjaya. Kita tak perlu reinvent the wheel utk berjaya. Follow sahaja then baru kita ubah.

Saya mula buat IG. Mula buat Facebook page.

Buat posting-posting yang ada value.

Apa yang anda boleh buat? 

Fikir bagaimana anda nak tarik traffic atau audience ke kedai online anda.

Adakah aku nak buat paid review? Why not.

Adakah aku nak create 100 content berguna tentang produk aku? Why not.

Fikir dulu apa cara yang terbaik utk menyampaikan mesej sehingga prospek anda hendak dapatkan produk tu sekarang juga.

Dah fikir, jalan terus. Buat, buat dan buat. Test, test dan test.

 

#4 Beri info yang pelanggan tidak berminat nak tahu

Setiap produk ada produk description kan?

Kita pon copy paste. Saya pun sama.

Tapi apabila prospek tanya, apa yang dia tanya tu, xde pun dalam copywriting atau produk description tu.

Bermaksud, apa yang kita tulis, prospek tak dapat jawapan yang dia nak!

Produk description adalah info yang kita nak bgtahu kepada prospek.

Ini tak cukup.

Selepas beberapa WhatsApp, PM dan sebagainya, baru saya sedar. Rupa-rupanya, apa yang di bacanya, tidak menjawab soalan mereka.

Apa yang saya buat selepas tu, saya buat beberapa post mengenai tentang produk tu. Cara guna, cara nak claim warranty, cara nak basuh dan sebagainya.

Apa yang anda boleh buat? 

Fahami buyer journey – awareness, interest, consideration, purchase & loyaly.

Pada peringkat awareness, akan ada banyak info yang kita nak sampaikah. Pada masa ini lah kita bagi segala info-info yang mereka mahukan. Ada sesetengah produk, cycle nye pendek. Ada yang panjang.

Contoh kalau kita jual produk kurus.

 

Post-post awareness mungkin mengenai bahanya obesiti, cara-cara nak kekal sihat (kurus salah satu cara), macam mana nak kurus, apa yang perlu diamalkan, apa produk yang boleh bantu kita untuk kurus dan macam-macam lagi.

Akhir skali, di libas dengan belilah produk ubat kurus anda tu.

Ini salah satu contoh. Cara terbaik nak buat post awareness adalah tengok semula WhatsApp, PM anda. Apa soalan2 yang prospek tanya. Itulah post yang anda boleh buat untuk jawab segala persoalan mereka.

 

#5 Tak Faham Konsep Sebenar Marketing

Ini kesilapan saya yang sangat besar. Kerana ini lah juga apabila prospek tak jadi beli, saya rasa down. Tertanya2 diri sndiri, aku ni tak pandai atau bagus ke nak menjual.

Banyak benda basic yang saya tak tahu. Buyer journey, funnel, follow up, consultation closing dan macam-macam lagi.

Apa yang saya tahu, buat ads. Buat ads ni adalah 10% of the total journey sebenarnya.

Kerana benda basic ini yang menentukan kita berjaya atau tidak di dalam dunia perniagaan. Ini yang paling power.

Abaikan teknikal parts sebentar. Belajar dan dalami ilmu basic. Tiada rahsia utk benda-benda basic ni. Semuanya ada dan diketahui oleh orang umum yang berjaya.

 

Apa yang anda boleh buat? 

Tambah ilmu. Baca buku, pergi seminar2 yang bagus dan credible.

Fahami dlu kenapa kita buat ads. Apa yang kita nak capai. Kenapa orang membeli. Kenapa mereka tidak membeli.

Ini beberapa buku yang saya recommend.

Image result for guerilla marketing conrad

 

Image result for 1 page marketing

 

Baik! Itu sahaja buat kali ni.

Harap-harap anda juga dapat belajar sesuatu dari post saya kali ini. Supaya anda dapat manfaat dan dapat elak dari melakukan kesilapan macam saya pernah buat.

Jangan lupa follow saya di Facebook. KLIK SINI

(Visited 350 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Izza Shuhaimi October 17, 2017 at 10:00 pm

    Post yang membuka Mata. Thanks tuan.

    Reply
  2. Sue October 21, 2017 at 6:42 am

    Wahahaha.. terasa sungguh dengan article ni. Kena apply segera. Rajin2 buat test..test..test. Baru lah boleh tau apa yg customer nak sebenarnya. fuh!

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *