Ini adalah soalan yang saya ada terbaca di Facebook feed saya.

Oleh kerana saya sangat suka buat decision menggunakan data, kali ini saya share data yang saya ada.

Data yang saya ada adalah:

  • Based on objektif PPE
  • Total engagement : 40k
  • Reach : 108k
  • Impression : 260k
  • Total spent : RM1.7k

Disclaimer : Data ini termasuk data yang saya ada awal-awal dahulu yang pada masa dahulu, saya buat ads hentam keromo sahaja. Ia juga dikenali masa gelap saya. Kenapa? Sebab memang saya aim untuk leburkan duit untuk rasai sendiri pengalaman tu. Berharap juga dapat untung tapi lambat juga la nak dapat kan.

Data ini juga termasuk beberapa winning ads yang berjaya jana sales yang tinggi. Sale berapa? Ini bab lain.  🙂

Fokus pada kali ini adalah untuk menjawab soalan seperti tajuk post ini.

Apakah Cara Terbaik Untuk Menjawab Soalan Ini?

Test test test.

Ini kerana setiap niche adalah berbeza. Contohnya kalau jual produk khusus untuk wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Adakah behavior mereka sama dengan wanita yang berumur 20 tahun ke atas? Yang 20 tahun ni mungkin bangun pagi, dah khatam beberapa minit dengan Facebook. By the time pukul 10AM, dia dah tahu apa yg berlaku semalam.

Berbeza dengan wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Mungkin mereka tidak “menyentuh” Facebook sehinggalah pukul 10AM kerana sibuk uruskan urusan kerja, anak, suami terlebih dahulu.

Oleh kerana behavior ini tiada aturan, so untuk menjawab soalan tu, hanya anda dan orang-orang yang sama niche macam anda sahaja tau.

Ini data yang saya ada. Siapa yang tahu saya berniaga apa, tahulah niche apa 🙂

Ini Data Secara Kasar

Sila click utk view lebih jelas

 

Row A : Waktu ads viewer. Dari 00:00 – 23:59 hrs.

Row B : Sum of Post Engagement. Berapa ramai orang yang engage.

Row C : Sum of Post Comments. Berapa ramai orang yang comment (lead)

Row D : Ratio %. Post Comment / Post Engagement. Nanti saya cerita details

Row E : Click Through Rate

Row F : Sum of Impression. Berapa kali ads ni orang nampak

Row G : Cost per Outbound Click. Berapa kos saya apabila ads viewer click link yang membawa mereka keluar dari Facebook seperti website ke.. link wasap ke.. ni kira Outbound

Row H : Average cost Per Engagement. Ini yang selalu membuatkan orang dok aim murah murah murah. Hasilnya?

Row I : Average cost Per Comment. Ini KPI saya. Berapa cost saya untuk audience saya comment (meninggalkan lead) terhadap post-post saya.

Time vs Engagement & Comment

 

Background : Data ini menunjukkan jumlah post engagement (line warna biru) dan jumlah post comment (bar warna oren) pada taburan masa 24 jam dari 00:00 – 23:59 sepanjang tempoh ads berjalan.

Jika kita lihat, engagement mula menunjukkan peningkatan sekitar pukul 6AM – 7AM. Ini mungkin dapat dikaitkan dengan audience yang mula bangun tidur dan check FB masing-masing. Dan terus meningkat pad pukul 8AM-9AM.

Ini bermakna, pada pukul 6AM–9AM, audience sudah mula engage dengan ads dan mula meninggalkan komen. Waktu ini saya panggil waktu transit.

Mereka mula bangun pagi dan bersiap-siap ke pejabat. Dalam train, browse Facebook. Ini normal.

Waktu Pejabat – Mula Bekerja

Jika kita lihat, pada pukul 8AM – 9AM, sudah ada dip atau pengurangan  engagement dengan ads dan mula meningkat kembali pada 9AM-10AM.

Engagement terus meningkat sehinggalah lunch hour dan engagement mula mendatar dan slightly pickup kembali pada pukul 6PM.

Waktu Transit

Waktu 6PM-8PM adalah waktu transit juga kerana kebanyakan pada masa ini, audience mula mengorak langkah untuk  pulang ke rumah masing – masing. Ada yang naik train. Ada yang suami drive. Ada yang juga engage semasa drive. Tapi mintak jauh.

Peak engagement adalah pukul 8PM-9PM.

Ini kebiasannya audience sudah sampai di rumah dan settle down. Sebelum dinner, on the way to dinner, sebelum tidur, get the last scoop of Facebook.

Engagement / Comment Terus Menurun

Jika kita lihat pada chart tersebut, engagement terus menurun dan bilangan comment menurun dengan drastik.  Audience masih engage – click like, share dan sebagainya tapi comment makin berkurangan.

83 comment pada pukul 8PM-9PM kepada 53 comment pada 9PM-10PM, 45 comment pada 11PM-12AM dan menurun sehinggalah almost tiada komen langsung pada pukul 5AM.

Saya kategorikan 9PM-5AM ni waktu tidur. Kejatuhan sebanyak 50% dari jumlah comment dari pukul 8PM – 12AM.

 

Time vs Cost/Engagement

 

Di sini kita dapat lah, berapakah cost kita untuk mendapatkan sesuatu engagement atau pun comment.

Cost comment mula meningkat pada pukul 7AM – 23:49PM.

Ini sebenarnya ikut logik sahaja.

Kenapa?

Sebab pada waktu ini, beratus-ratus ads yang anda akan dihidangkan. Oleh kerana Facebook Ads menggunakan mekanisma auction atau lelong, anda perlu bersaing dengan advertiser-advertiser lain utk menyampaikan ads anda.

Pada pukul 8PM – 23:59 PM, cost per comment RM1.3 – RM1.67. Mahal berbanding pada waktu-waktu lain kerana mekanisme auction yang saya telah explain di atas.

 

Waktu Bilakah Paling Mudah Untuk Dapatkan Comment?

Sila click untuk lihat lebih jelas

Sila lihat column RATIO

Cell yang berwarna merah bermaksud pada waktu 5AM – 7AM, ratio untuk mendapatkan comment per engagement adalah 4%. Ini waktu yang 90% jauh lebih baik dari waktu-waktu lain.

Kalau anda buat ads pada waktu pagi ini, copywriting yang simple, CTA yang jelas, anda akan dapat hasil.

Kenapa?

Pagi adalah waktu yang sibuk. Anda perlu distrupt dan curi masa mereka dengan cermat. Content yang panjang menyebabkan pembacaan copywriting oleh audience tidak habis. Nak baca CTA pon tak sempat. Hasilnya? Scroll further dan berlalu pergi.

COPYWRITING – Make it short and sweet. Loud & clear. Jangan meleret

 

Impression

Impression ni adalah jumlah view ads anda. Berbeza dengan reach. Reach adalah unique per person or audience. Contoh, anda lihat ads yang sama 10kali dalam satu hari.

Ini bermaksud, reach 1 (anda) dan impression ads itu adalah 10. Okay faham?

So data di atas menunjukkan pada pukul 8PM-10PM, Facebook menunjukkan ads anda kepada audience anda lebih dari sekali. Berdasarkan data yang ada, Facebook tahu yang peak engagement adalah pada pukul 8PM. Oleh itu, untuk mendapatkan engagement yang banyak, Facebook akan cuba tunjuk ads anda lebih pada satu kali pada waktu ini.

Dengan bahasa lain, Facebook yakin jika mereka tunjukkan ads anda lebih dari satu kali pada waktu 8PM-10PM, anda akan dapat engagement yang anda idamkan (objective campaign)

Oleh itu, kalau anda buat ads, sila tunggu ke-esokan harinya barulah anda judge ads performance tu. Tunggu selama 3 hari atau bila dah capai 1000-2000 reach, dan tengok KPI anda. Barulah anda ubat setting ads anda.

Apa Yang Anda Boleh Buat Menggunakan Data Ni?

Strategi.

Strategi disini bermaksud anda boleh cuba different style of awareness, marketing mengikut waktu-waktu yang berbeza.

Ada yang saya perasan, waktu bekerja, ada ads yang jenis awareness dan simple.

Testimoni.

Pada waktu malam pula, copywriting lebih “berat” dan panjang.

Ini bergantung kepada strategi masing-masing.

Anda juga boleh buat begini:

8AM – 4PM : Awareness

4PM – 12AM : Hardsell

Ini bermaksud, ad set pada sebelah petang akan target Custom Audience anda.

Sebelah pagi audience dah dapat awareness. Sebelah petang pula, dapat post yang hardsell.

 

Kaji balik semula pelanggan-pelanggan anda. Slalunya pembelian mungkin berlaku selepas office hour atau sebelah petang. Rangka strategi yang sesuai.

Untuk fasa awareness, kalau untuk jimatkan kos. Anda boleh je buat campaign “Brand Awareness”

Untuk hardsell, campaign PPE.

 

Kesimpulan

Adakah anda perlu off ads pada sebelah malam? Bergantung kepada strategi anda.

Saya ON je sampai 23:59PM. Dan mula pada 6AM. so ADS rehat dalam 6 jam.

Facebook akan spend duit atau budget saya hanya 18jam sahaja. Sebagai contoh, RM24/day.  1 jam facebook akan membelanjakan RM1.

Kalau 18 jam dengan budget yg sama RM24, 1 jam Facebook akan gunakan budget sebanyak RM1.3. 30 sen sahaja. Tak significant?

0.3 x 6 hours (tidak efektif) x 30 (hari) = RM54 ringgit duit anda diguna oleh Facebook pada waktu yang tidak optimum.

Jangan ikut apa orang bgtahu selagi anda tak cuba sendiri. Cuba spent sedikit masa dan wang supaya anda tidak perlu berteka teki.

Ada audience yang aktif pada waktu malam. Ada audience yang aktif siang. Kalau anda off ads malam? Tak sampai lah ads kepada mereka. Betul?

Setelah anda dapat data, barulah anda tahu audience anda bagaimana.

Saya juga anda sumber data dari Analytics. Ramai aktif pada pukul 10AM-4PM.

Oleh kerana audience saya adalah audience yang mempunyai kerjaya, tidak hairanlah visit kepada website mempunyai pattern seperti di atas.

Selalunya apa yang saya buat adalah pelbagaikan post, ads schedule megikut behavior audience saya.

Nak mudah, anda guna copywriting yg sama. Cumanya, anda tak boleh nak optimizekan cost dan budget anda. Itu sahaja.

Kalau kita-kita ni run ads RM300- RM500 sebulan,mungkin tak significant.

Kalau run ads RM20k and above sebulan? Setiap optimization itu jadi sangat penting.

Apa yang anda dapat belajar dari post ni? On atau Off ads pada waktu malam?

P/S : Boleh follow saya di Facebook untuk dapatkan lebih maklumat terperinci yang mampu menyelematkan budget ads anda dari hangus! Klik SINI

(Visited 447 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. Sue October 21, 2017 at 6:22 am

    terbaik tuan! boleh cuba apply dan study data mcm ni. macam tau dah niche ape tu..hehehe

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *