SIAPA PELANGGAN

  • Berduit / marhaen
  • Profile (avatar)

Afif : Siapa pelanggan kita? Umur berapa? Lelaki ke perempuan? Berkahwin atau bujang? Penting untuk kita tahu siapa pelanggan kita supaya mesej yang nak disampaikan jelas dan mudah di fahami.

Apabila mesej tidak jelas, audience tak faham apa yang kita nak sampaikan dan ia akan menjadi satu kerja sia-sia.

Contoh kita hendak jual bantal tidur yang empuk dan gebu. Siapa yang akan beli bantal ni? Macam mana nak sampaikan mesej supaya mereka faham apa yang kita jual ni?

APA MASALAH YANG NAK DISELESAIKAN

  • Attack one segment of the customer problem
  • Skin care
  • Kecilkan target – wanita yg ada masalah apa (jeragat / bintik hitam)
  • Siapa wanita? Tinggal di cities, execs (avatar) – high buying power
  • Make it smaller – baru lepas bersalin
  • Lexus (top), Toyata (mid), Daihatsu (lowest class)

Afif : Berbalik kepada nak jual bantal tadi.

 

Image result for beauty sleep

Bantal kita jual tu, dapat menyelesaikan apa? Masalah tidur sebab bantal tak best? Atau bantal yg kita jual tu sangat lembut sehinggakan kalau letak kepala, tenggalam kepala dalam bantal tu.

Perkara yang keep people buying are perkara/produk yang dapat menyelesaikan masalah kita. Oran tak akan beli sebab bantal tu selesa.

Pelanggan beli sebab ia menyelesaikan masalah mereka. Keperluan, needs, greeds etc.

Kenapa kita cari shampoo dandruff? Sebab kita ada dandruff. 

Tackle satu masalah. Inside out.

 

MOTIVATION TO SOLVE THE PROBLEM

  • Penapis air
  • saya tiada penapis air, org lain ada
  • Kenapa dia nak resolve the problem
  • Pentingnya survey problem

Afif : Apa motivasi di sebalik bantal tu? Apa harapan bila orang beli bantal tu? MOTIVASI.

Motivasi sangat penting untuk menggerakkan subconcious mind supaya mereka beli.

Guna prinsip 4S. So, So, So, So.

Image result for so so so

Beli bantal untuk tidur lebih lena. So? Bila tidur lena, bangun pagi segar. So? Bila segar, baru semangat nak buat kerja rumah. Nak buat breakfast. Bila buat breakfast, anak & suami happy dapat makan pagi2.

Guna prinsip 4S kalau anda buntu nak buat ayat.

Akan tetapi, anda tak perlu berteka teki sebenarnya.

Anda boleh tanya prospek. Ada masalah tidur tak lena ke? Kenapa? Kalau tak lena, apa efek terhadap puan?

 

KEUNIKAN & KELEBIHAN PRODUK KITA (USP)

  • Air cincau fitrah (air cincau dalam botol – no additives)
  • USP seller

Afif : Apa USP bantal tidur yang kita nak jual tu?

Guna sutera? Guna bahan berkualiti tinggi?

Tetapi, bila kita cakap guna sutera, prospek tak boleh nak relate. So.. guna sutera.. apa yg bagusnya?

Kita boleh cakap. Salah satu material lining bantal kita ni guna sutera yang sangat lembut dan kainnya sejuk. Bila tidur malam, tak rasa rimas sebab panas. Pengudaraan di bahagian kepala pon terbaik supaya anda berasa sangat selesa.

Kalau anda dropship dan bersaing dengan dropshipper lain yg jual produk sama. USP seller akan membantu untuk prospek berurusan dengan anda.

KENAL PASTI TEMPAT PELANGGAN BERKUMPUL

  • Dekat mana pelanggan lepak
  • Flyers – hospital untuk customer mengandung
  • Page – personal page
  • Fokus – lead to company growth

Afif : Dekat mana kita nak jual bantal ni? Dekat mana prospek kita berada?

Image result for group dinner

Kalau bantal kita jenis premium, mungkin prospek pon berada di tempat-tempat premium. Kalau buat ads? Target la tempat2 prospek kita dok lepak makan dan minu,

Sama juga dengan perlu ke buat placement IG, FB, Audience Network dan sebagainya.

Depends!

Split test. Tengok mana yang dapat hasil, then fokus. Untuk perniagaan saya yang mempunyai beberapa produk. Ada produk yg saya buat IG sahaja. Ada yang saya buat FB sahaja. Ada yang saya buat dua-dua.

Decision tu berdasarkan data yg saya ada.

APA CARA SESUAI UNTUK APPROACH MEREKA

  • F2F Marketing
  • Kalau berkumpul di FB – content marketing dan tarik
  • Ada platform terjah
  • Ada yang tarik pelanggan datang dulu

Afif: So kita dah tahu dekat mana prospek kita berada dan dekat mana dia duduk. So apa cari untuk kita sampaikan mesej-mesej kita kepada mereka?

Adakah bagi flyers? Adakah buat live demo?

Face to Face marketing?

Image result for face to face

Kalau mereka melepak di FB? Yang sememangnya mereka akan ada FB, kita boleh buat content marketing. Buat awareness. Biarkan mereka tahu dlu tentang produk kita.

Berlainan pula dengan cabang business yg saya tengah run skrg ni. Bila saya survey, hampir 30% tak ada FB, dah deactivate, pakai yg suami punya dan macam-macam lagi. 

APA MESEJ YANG SESUAI UNTUK KITA GUNAKAN

  • skrip iklan/closing
  • sampai berhenti tanya
  • supaya mereka berminat untuk tanya dengan lebih lanjut

Afif : Sampai berhenti tanya tu merujuk kepada penjual kerusi urut macam Ogawa ke misalnya. Semasa dalam seminar, Tuan Hasbul Ariff ada beritahu tentang  macam mana nak approach prospek.

Kita tak tanya prospek kita.. “Tuan, nak beli kerusi urut?”

Sah dia cakap tak nak. Kenapa nak beli? Bazir duit.

Tapi kalau kita tanya.. “Tuan, ada sakit belakang atau sakit lutut?”

Mungkin ia akan spark intereset prospek kita untuk bertanya lebih lanjut!

 

PERJALANAN

STRANGER -> PROSPEK -> CUSTOMER -> REPEAT CUSTOMER -> LOYAL CUSTOMER

===========

Q – MACAM MANA NAK TANYA TANPA MENJENGKELKAN – Coway
A – Tanya customer – ada anak kecil? susu malam2?

Buat posting pendek – beri manfaat sebanyak mungkin

P/S : Ini adalah nota saya yang saya catit dari seminar Marketing Busines Kecil (MBK) awal tahun ini. Skrg dah tukar jadi MLB.  Boleh follow saya di Facebook untuk dapatkan lebih lagi info-info yang berguna macam ni.

(Visited 558 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *