Google Analytics (GA) adalah satu premium analisis web yang dibekalkan oleh Google secara percuma. Google Analytics juga mempunyai servis berbayar but let’s leave that for another day.

Image result for google analytics

Nampak kompeks tetapi sebenarnya ia agak mudah utk difahami.

Apakah yang dimaksudkan dengan analisis web ini?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan jika anda memasang code Google Analytics di blog mahupun eCommerce store anda.

 

Mengetahui Page Hit atau Lawatan Di Blog/Website

Dengan menggunakan Google Analytics, anda boleh mengetahui berapakah visitor di blog anda, berapa lamakan setiap lawatan itu, berapa peratus visitor yang melawat blog/website anda tapi tidak ada interaksi dengan mana-mana page lain, berapa ramaikah visitor yang berada di blog anda sekarang.

Google Analytics  – Home menyediakan pandangan pantas kepada user counts, bilakah visitor anda berada di blog anda, berapa ramai orangkah yang sedang berada di blog anda.

GA juga menyediakan paparan dan analysis mengenai sumber trafik ke blog anda. Adakahianya melalui organic search (carian di Google), referral (link di social media atau blog lain) dan sebagainya.

Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Visitor Anda

Ini adalah salah satu info yang sangat berharga dimana anda boleh mengetahui ciri-ciri visitor blog anda. Salah satu info yang kita boleh dapati menggunakan GA adalah seperti berikut.

Graph di atas menunjukkan seramai 19, 682 user yang telah melawati blog anda. Sebanyak 17045 dalah returning user (user yang pernah lawati blog anda dan kembali) dan ia merangkumi 21% dari jumlah traffic untuk minggu itu.

Setiap visitor melaburkan masa selama 2 minit 15 saat di blog anda dan manakala 54.56% dari total sesi, user tersebut tidak berinteraksi dengan mana-mana bahagian lain di blog anda.

Contohnya anda post satu artikel mengenai masalah sakit jantung di Facebook. Pengikut anda mula membaca artikel tersebut di website anda. Setelah selesai membaca, mereka terus meninggalkan blog anda tanpa ada interaksi lain seperti membaca artikel yang sebelumnya. Ini adalah “bounce rate”

 

Anda juga boleh mengetahui demografic visitor anda. Jika content anda mengenai target market anda, visitor anda selalunya akan menjadi major visitor. Contoh anda adalah seorang backpackers blogger. Oleh itu, menggunakan GA, anda mungkin dapat melihat demographic visitor anda yang kebanyakannya mungkin berumur 25-34.

Anda juga boleh mengetahui adakah blog anda diminati oleh wanita atau lelaki.

Anda juga boleh mengetahui dari sejumlah traffic kepada blog anda, berapa ramaikah visitor anda menggunakan mobile device dan bagaimanakah demographic mereka.

 

Mengetahui Sumber Trafik Ke Blog/Website

Jika anda ingin meningkan visitor count ke blog anda, anda haruslah terlebih dahulu tahu dari mana datangnya mereka ini. Menggunakan GA, anda boleh mengetahui dengan mudah.

 

Mengikut data di atas, sumber visitor kepada blog anda adalah organic search. Contoh organic search adalah menggunakan enjin carian seperti Google untuk mencari sesatu info dan anda click link tersebut.

Cuba anda search – makanan best di melaka.

Result adalah seperti berikut.

 

Ini adalah salah satu organic search. Di mana anda search makanan best di Melaka dan Goole menyediakan beberapa result yang ia fikir relevan untuk anda. Anda click pada result pertama.

Ini contribute kepada organic search.

Jika anda adalah owner kepada website dan apabila visitor mencari sesuatu, blog anda yang keluar. Ia adalah “impression”

Faham ke setaka ni? Mudah je kan.

 

Berikut adalah contoh data untuk sumber dari “social” sites seperti YouTube, Facebook, Twitter.

Kebanyakannya sumber trafic blog/website di Malaysia ni berkemungkinan adalah Facebook.  Sumber traffic ni ibarat.. dekat mana visitor atau peminat anda berada.

Kalau sumber traffic dari YouTube tinggi, berkemungkinan utk memaksimumkan lagi blog anda, anda boleh post more videos.

Begitu juga kalau sumber traffic di Facebook.

Jika anda masih baru lagi, macam saya ni. Sumber terbaik untuk bangunkan blog anda supaya dapat traffic tinggi adalah Facebok (personal opinion)

Salah satu

Mengetahui Page Manakah Yang Diminati atau Mempunyai Banyak Lawatan

Selain daripada hit count, anda akan mengalamai increase of sudden traffic jika post anda itu viral. Betul?

Cara mudah untuk mengetahui page terbaik anda adalah menggunakan segmen Behavior > Landing Page.

 

Disini anda dapat identify performing landing page yang selalu diminati oleh visitor anda.

Contoh muda anda menggunakan Facebook Ads jenis Traffic yang redirect post engager tu kepada landing page produk anda.

Anda pon reka 2-5 landing page berbeza. Anda cuba test few settings. CTA di landing page. Mungkin gambar. Letak testimoni sikit vs banyak.

Letak testimoni “jenis” WhatsApp dan before/after.

Untuk memastikan data anda sahih, beberapa perkara harus ditetapkan.

Contohnya:

  • Copywriting traffic kepada post anda
  • Image
  • CTA traffic ke post anda (jangan satu share satu comment satu klik link)
  • Facebook Ads setting
  • Ads budget

Tugas utama kita ni hanya utk test landing page sahaja! So yang lain-lain kena fix.

Anda run 1 campaign, 5 ads set, dan 5 ads. Semua setting yang sama dan yang berbeza hanyalah link kepada landing page. Setelah seminggu, anda lihat result.

So kalau contoh result seperti di atas.. apa kita nak buat?

Image result for please be patient

 

Nampaknya post ni dah tersasar sikit. Ini dah masuk strategi dah. Saya ulas lain kali tentang landing page ni 🙂

Boleh follow saya di Facebook – KLIK SINI

Kalau tak nak terlepas post-post yang berguna ni 🙂

Harap-harap post ini berguna untuk anda suatu masa nanti.

Next post saya akan cuba tulis guide macam mana untuk install Google Analytics di blog anda dengan mudah.

Apa yang anda belajar dari post ini? Boleh share dengan saya?

(Visited 212 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *