Sebelum kita cerita lebih lanjut cara daftar My Google Business ni jom discuss pasal benefits dia.

Apa faedah yang anda bakal dapat kalau daftar di My Google Business?

  1. Memudahkan pencarian customer atau prospek anda
  2. Anda boleh letak details anda seperti opening hours, contact dan juga free website
  3. Customer atau prospek boleh meninggalkan review – high engagement, high social proof, lebih dipercayai

My Google Business Untuk Siapa?

Tidak kiralah anda dropship, agent, stokis, restoran, retail shop atau apa-apa yang mempunyai business entity, ada boleh berdaftar dengan Google Business.

Macam saya personally daftar online shop saya dengan Google Business untuk memudahkan pelanggan datang untuk self-pickup.

Kalau customer saya nak pickup dekat mana?

Saya akan cakap Waze je BebeHouz. Pickup dekat situ.

Apa kelebihan kalau anda seorang dropshipper?

Visibiliti anda akan meningkat.

Faham setakat ni?

Cara Daftar My Google Business

#1 Pergi ke sini

#2 Isi details yang diperlukan macam di bawah.

 

Sila guna alamat yang tepat. Kalau takde kedai, guna alamat rumah pon takpe. Jika Google perlukan verification, dia akan gunakan alamat yang kita daftar tu untuk hantar code kepada kita.

Jika alamat yang diberikan tidak dapat dijumpai, anda boleh gunakan manual location. Click Set marker location.

 

Then click Continue

#3 Jika anda membuat penghantaran barang untuk perniagaan anda, boleh set Yes dan juga set radius yang akan di hantar.

#4 Google perlu verify business tersebut oleh itu mereka akan hantar code melalui kad untuk anda verify.

#5 Pastikan alamat anda betul dan click Continue

#6 Kod anda akan sampai dalam jangka masa 14 hari – 21 hari kepada alamat yang anda daftar tadi. Once dah sampai, anda boleh verify. Pergi ke Google Business >  Manage dan click pada business yang anda daftar tadi, then masukkan kod yang telah anda dapat then click Submit

 

 

Tahniah!

Once anda dah verified, anda boleh unlock lebih lagi data-data macam ni.

 

Itu sahaja buat kali ini.

Jangan lupa daftar!

 

 

(Visited 181 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *