Hari ni saya nak cerita tengan satu metrik yang penting dalam Facebook Ads iaitu Click Through Rate (CTR).

Definisi CTR adalah peratusan klik yang dibuat oleh audience anda (yang nampak ads).

Ada beberapa jenis CTR tetapi ramai sifu atau guru-guru tak mention pasal CTR yang mana. Adakah CTR (ALL), Unique CTR atau yang mana?

Metrik CTR ada beberapa jenis:

  1. CTR (All)
  2. Unique CTR (All)
  3. CTR (Link Click-Through Rate)
  4. Unique CTR (Link Click-Through Rate)

Mungkin ada few CTR lagi, saya pon tak pasti tapi jom kita fahami dlu, apa jenis CTR ni.

CTR (ALL)

All disini bermaksud sebarang activity click (all) yang dilakukan oleh audience anda pada ads dibahagikan dengan Impression. Reach dan Impression adalah dua perkara bebeza ye.

So apa jenis click yang diconsider dalam CTR (ALL) ni?

  1. Link click
  2. Click pada profile atau page
  3. Post reaction (like, love etc)
  4. Comments or Shares
  5. Clicks untuk besarkan media (gambar)
  6. Click yang bersesuaian dengan objektif (Click Like utk Page Like)

Unique CTR (All)

Sama macam CTR (ALL), beza nya adalah activity click all pada ads dibahagikan dengan Reach. Reach ni adalah per person. Bermaksud, kalau 10 orang nampak ads (sebanyak 1 kali) , dan 5 orang yg click, bermaksud, Unique CTR (ALL) dia dalah 50%.

Faham?

Tak faham takpe, nanti saya explain further. Ni kita explain dulu definisi-defisini dia ya.

 

CTR (Link Click-Through Rate)

Metrik ini pula menunjukkan berapa ramai yang lihat ads dan click sebarang link yang ada pada post anda tu. Contoh kalau ada link Wasap.my. Kalau anda nak tahu, berapa orang yang click Link tersebut, boleh guna metrik ni utk kaji CTA anda tu berkesan atau tidak.

 

Unique CTR (Link Click-Through Rate)

Sama macam metrik di atas, ia menunjukkan bilangan orang yang click link yang ada pada post.

So apa yang dimaksudkan dengan link ni?

  • Website
  • App stores or app deep links
  • Click to call
  • Click to message
  • Maps/directions
  • Facebook Canvas
  • Facebook lead forms
  • Facebook Marketplace
  • Videos hosted by another website (including videos embedded in News Feed ads but hosted on a video platform such as YouTube or Vimeo)

So kalau anda guna link Wasap.my atau seangkatan dengannya, boleh tengok metrik ni.

 

So apa beza CTR biasa dan Unique CTR ni?

Beza dia.. satu metrik menggunakan impression dan satu lagi menggunakan reach.

Apa pula beza impression dengan reach?

Impression adalah.. berapa kali ads yang sama ditunjukkan kepada orang yang sama. Sebagai contoh, saya nampak iklan jeragat dari Page Jeragatku Jemah (rekaan semata2). 10 kali saya nampak iklan yg sama. Ini bermaksud, impression ads tu adalah 10. Tetapi reach nya 1 (which is saya)

Reach adalah.. berapa ramai orang yang tengok ads yg sama.

Nampak beza?

Impression = berapa kali tengok

Reach = berapa ramai orang

Nanti saya akan tunjuk contohnya. Tengok dulu gambar di bawah.

Faham?

Image result for ads impression vs reach

CTR (Link Click-Through Rate) ni saya tak nak cerita dulu kali ni. Next time.

Ok now..

Macam Mana Kita Nak Kenal Pasti Yang Bila Orang Tengok Ads Kita, Dia rasa Menarik dan Terus Click?

So dekat sini ada beberapa faktor.

  1. Headline
  2. Subheading
  3. Image

 

HEADLINE = BUANG PERKATAAN N DARI VOCAB..

SUBHEADING =Haaa. Maf headline macam clickbati tapi ini penting..

IMAGE = Graph

 

Ok saya tak pandai sangat pon bab-bab headling, cw ni, ia bukanlah satu kepakaran saya. Tapi headline ni ada satu tugas sahaja. Untuk grab attention audience dan suruh dia baca lagi.

So macam mana nak grab attention audience. Ada banyak cara.  Tapi yang saya fokus hanyalah headline yang memberikan curiosity dan headline yang menyentuh kemahuan audience @ desire.

 

Kalau anda baca headline yang saya tulis ni, saya menggunakan konsep kemahuan atau desire.

“Buang Perkataan Ini”. Reaksi : Buang perkataan apa tu?

“Dari Vocab Anda Sekarang”. Reaksi : Sekarang? Penting ni. Urgent.

“Tingkatkan Closing Rate Sehingga 50%”. Reaksi : Siapa tak nak increase closing rate kan. Semua nak. So ini kemahuan. Sesiapa yang nak increase closing rate, dia mesti curious and nak baca. Ada ilmu yang saya ingin sampaikan.

 

Subheading pula..

“Tapi ini penting”.. Reaksi. Saya re-inforce lagi yang mereka harus tahu pasal perkataan yg kena buang ni.

Image result for this is important

Tengok gambar pula..

Gambar graf menaik. So headline saya “increase closing rate” dan juga gambar graf menaik ni dia.. “tele” atau ngam. Dalam minda anda, terus boleh terbayang-bayang. Or at least dia tingkatkan curiosity anda untuk terus membaca.

Dan anda pun..click “Read more”

So apabila 3 benda ni menyentuk aspek curiosity atau desire, dan orang akan click. Ok? Mudah. Tapi tak mudah sangat. Memang kena study. Saya pon dok baca buku bab copywriting ni tak habis-habis lagi.

Berbalik semula kepada aspek teknikal kita.

Bagaimana Unique CTR Dapat Membantu Anda Untuk Mengenal Pasti 3 Element Di Atas Menarik Atau Tidak?

Kalau tak faham tentang Unique CTR ni, boleh rujuk semula content di atas.

In general, saya hanya berminat dengan Unique CTR sebab ia menunjukkan yang peratusan orang yang click ketika pertama kali ads sampai kepada sesorang itu.

Saya ulang.

Peratusan orang yang click ketika pertama kali ads sampai kepada sesorang itu.

Kenapa?

Kalau ads sampai untuk kali pertama pon audience tak engage, bermaksud, ada peratusan tinggi yang mereka tidak akan engange di masa hadapan.

Ada sesuatu yang tidak menarik perhatian dia.

Adakah kita yang salah?

Tak juga. Setiap audience berbeza kehendak, kemahuan dan matlamat mereka.

Tugas anda untuk mencari satu headline, subheading dan image yang dapat menyentuh mereka-mereka ini. Macam mana anak nak tahu benda-benda ni? Ini melalui Market Research atau customer avatar.

Headline anda mungkin menarik peminat A dan bukan peminat B walaupun kehendak sama. So kita kena bereksperimen sebanyak mungkin.

Kalau anda jual produk kurus. So apakah kemahuan bakal pengguna produk anda ni? Fikirkan. Dan itu adalah salah satu headline yang anda boleh buat.

 

Table di atas menunjukkan metric Headline & Copywriting yang saya buat. Apa yang saya nak tengok adalah CTR (ALL) :Kuning: dan Unique CTR (ALL) :Hijau:

Data ini mengandungi beberapa campaign, beberapa adset, beberapa headline dan copywriting yang berbeza. Tetapi, targetting hampir sama.

Sebab itulah anda tengok, data ni berbeza-beza.

Cuba anda lihat CTR ALL. Kebanyakannya, peratusan rendah berbanding Unique CTR. Betul?

So apa yang diperkatakan adalah.. kalau CTR bawah 10%, then anda perlu check semula headline dan gambar anda.

Which is..true..somehow..

Tapi anda tengok, Unique CTR masih tinggi. Kebanyakkannya lebih 10%.

Kenapa ada perbezaan?

 

Berbalik semula kepada definisi Unique CTR dan CTR (All) ni. Unique CTR based on reach. CTR (all) based on impression.

Dan kalau anda tengok jadual di atas, row #2, Reach 23k dan Impression 50k. Bermaksud, sesorang itu mungkin sudah dipaparkan kepada beliau ads anda tu, lebih dari pada sekali.

So apa yang terjadi bila dia tengok lebih daripada sekali? Mungkin prospek anda sudah tidak lagi berminat untuk click sebab dia dah baca.

Buat apa baca banyak kali kan? Adakah anda baca post yang sama berulang-ulang kali? Mungkin ya mungkin tidak. Selalunya, tidak lah. Dan bila seorang prospek sudah di tunjuk sebanyak beberapa kali tapi masih tidak engage, secara automatik, CTR (ALL) akan menurun.

Image result for headline

Kalau anda nampak ni gambar Breaking News ni, mesti anda akan berhenti dan baca kan?

So kalau anda berpandukan CTR (All) yang sudah bawah 10% ni, automatik anda akan tukar headline.

Tapi kalau anda berpaksikan Unique CTR (ALL) yang masih atas 10% ni, ini bermaksud, 3 element penting tadi masih relevent. So apa yang saya akan buat, saya akan kekalkan.

Kalau Unique CTR (all) saya sangat teruk selepas 3 hari atau 5000 reach, saya kena buat sesuatu.

 

Contoh anda ada audience 100k.

Facebook ads pacing bukanlah secara mendatar.  Facebook tak akan tunggu ads sampai kepada orang yang ke 100 ribu baru lah dia tunjuk sekali lagi kepada orang tersebut. Tidak.

Facebook akan tunjuk kepada orang yang  likely akan engage dengan post tu. Jika Facebook berpendapat, anda akan engange dengan ads tersebut, anda mungkin nampak ads yang sama dalam waktu yang singkat.

 

Tentu anda juga pernah mengalaminya. Betul? Tak click pon. Tapi datang lagi ads yang sama.

So apa yang anda boleh buat sebelum decice copywriting anda betul atau tidak?

Cuba check dulu Unique CTR. Berikan secukup masa sebelum decide. Kalau anda buat perubahan terlalu awal, takut2 yang perform tu terlepas pandang.

Ok?

Itu sahaja perkongsian saya kali ni.

P/S : Boleh terus follow & Like saya di Page Afif Rus. Kalau tak nak terlepas artikel dan kupasan macam ini. Terima kasih!

 

 

 

 

(Visited 380 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. Sue October 21, 2017 at 6:33 am

    very good sharing! dulu2 tengok data ni sekali lalu je. lps ni kena gi by details! terbaik tuan. bahasa ringkas dan sng paham. dulu2 fb ada ajar juga benda2 gini. tapi malas nak go through sbb bahasa aras tggi sangat! haha.. btw saya akan refer this article by time to time.

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *