Ramai orang tanya tentang targetting seperti location. Kalau anda ada budget besar, itu tiada masalah. Tapi kalau bagi kecil, macam mana?

Adakah lagi bagus kita target specific kepada audience kita?

Kalau pada pandagan saya, elok begitu.

Kita tidak perlu jajah satu Malaysia kalau audience kita semua di Selangor. Betul?

Tapi sebelum kita tahu audience kita di Selangor, KL atau mana-mana pun, anda kena buat experiment dlu. Run ads dulu. Tembak seluruh Malaysia. Yang ni saya tak akan cerita buat kali ini.

Once anda dah run beberapa bulan dah spend besar, then kita nak tengok result – location mana yang paling ramai audience kita berada atau location mana yang paling ramai engagement.

So in the future, dengan budget kita ni, kita akan focus dekat area yang di mana audience kita berada.

OK?

 

Page Insight

#1 Pergi ke Page anda

#2 Click Insight

#3 Click People

 

Dekat sini basically anda akan nampak demographic audience anda. Ia dikategorikan seperti berikut – Your Fans, Your Followers, People Reached, People Engaged.

 

Your Fans = likers

Your Followers  = yang follow

People Reached = post atau ads yang sampai kepada mereka secara organic mahupun paid

People Engaged = audience yang engaged dengan post atau ads anda

Saya hanya akan fokus kepada Your Fans. Nak fokus kepada People Engaged pon boleh. Cuma saya fikir, yang dah like ni, dah half way masuk funnel. So kita cari lagi orang-orang yang macam ni.

#4 Anda highlight column City. Seeloknya tekan See More dan highlight sampai habis (anda kena guna laptop/dekstop. Dekat phone tak boleh)

#5 Tekan copy atau Right Click – Copy.

#6 Paste di Excel

 

Data yang ada perolehi di sini adalah cities yang di mana Fan anda berada. Dulu saya hantar ads satu Malaysia dengan copywriting saya tetapi hanya ada audience di specific negeri yang betul-betul engaged.

Ada pelbagai faktor seperti family dynamic, sosioekonomi dan sebagainya.

So saya dah tak membazir duit dan masa untuk hantar ads saya kepada orang yang kurang engage di specific negeri.

Apa yang kita cuba achieve dari total fan adalah.. Fans yang berada di specific negeri atau cities ini menyumbang kepada 50% dari total fans yang saya ada.

Contohnya Follower saya terdiri daripada 40 buah bandar seluruh Malaysia.

50% dari Fans saya sebenarnya terdiri daripada 4 bandar sahaja.

4 bandar ini contribute satu jumlah yang merangkumi 35 buah bandar yang lain.

Faham tak? Hehe.

Contoh saya ada 10k Fans page terdiri daripada 40 buah bandar. Based on data dan statistik, saya dapati 3 bandar seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu  dan Kuantan merupakan bandar fans yang menjana lebih dari 5000 fans.

So saya tahu, saya hanya akan target 3 bandar ni sahaj untuk pastikan budget saya berjalan dengan lancar.

 

 

Based on data saya ada, 4 bandar contribute lebih dari 50% audience.

Oleh itu, ads seterusnya saya hanya akan target 4 bandar ini sahaja.

Kerana ia merangkumi lokasi majoriti audience saya 🙂

Setakat itu perkongsian saya kali ini.

Adakah anda belajar sesuatu?

 

 

 

(Visited 372 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. Hurun ain October 24, 2017 at 5:37 pm

    Tq afif ok saya folloe method ni

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *