Saya guna quick glance berdasarkan data yang saya ada.

Quick glance ni bermaksud cara cepat la nak tengok headline berkesan atau tidak berpandukan data & statistik yang kita ada.

Nak cakap berkesan itu susah tapi at least, kalau ada satu mekanisme yang memudahkan saya untuk check jika HL & CW itu ok, berikut adalah cara saya.

Dengan menggunakan Power Editor, saya akan tukar beberapa reporting seperti berikut.

 

Untuk menentukan jika Headline itu berkesan, berikut adalah data yang saya tengok:

  • Social Clicks (All)
  • Clicks (All)
  • Unique Clicks (All)
  • CTR (ALL)

Untuk check copywriting pula, berikut adalah data yang saya tengok:

  • RS Score
  • Post Comment
  • Cost per Post Comment
  • Post Share
  • Post Engagement

Setup ni saya bagi nama “Analytics – HL & CW”

Untuk copywriting, saya akan cerita pada lain hari dan waktu.

Cara Setup Menggunakan Power Editor

#1 Click Power Editor

#2 Click pada column dan customised column

#3 Set Column berdasarkan spesifikasi yang kita nak:

  • Social Clicks (All)
  • Clicks (All)
  • Unique Clicks (All)
  • CTR (ALL)

 

#4 Selepas dah select segala metrics yang diperlukan, kita akan save as Presets

 

 

#5 Click Apply

#6 Dekat bahagian column seperti step #2, boleh pilih Presets yang anda dah save.

Justifikasi Pemilihan Metriks

Jom kita lihat apa metriks yang saya pilih tadi untuk menguji kebersanan HL &  mungkin juga gambar.

  • Social Clicks (All)
  • Clicks (All)
  • Unique Clicks (All)
  • CTR (ALL)

Social Clicks (ALL) : Jumlah click daripada friends of original clicks. Contoh anda click like, secara tidak langsung, kawan anda juga akan nampak click atau engagement tersebut. Dan mereka juga click pada post tersebut. Ini dinamakan Social Clicks (All)

Clicks (All) : Metriks yang sangat besar dalam menentukan samada orang berminat atau tidak untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang post anda

Unique Clicks (All) : Di dalam post sebelum ini, saya dah cerita kenapa kita mesti utamakan Unique Clicks (All) daripada CTR (All). Ini kerana Unique Clicks ini dipengaruhi oleh Reach dan bukannya Impression.

CTR (All) : Saya gunakan sebagai benchmark overall jika lebih dari 10%, bermaksud gambar, headline, sub heading saya “boleh pakai”

Headline saya akan fokus kepada Unique Clicks (All)

Dengan kata mudah, headline yang bagus dapat ditentukan dengan click yang pertama. Bila audience nampak iklan anda, dia baca headline dan tengok gambar then rasa macam menarik, dia akan click.

Click ini adalah Unique Clicks (All).

Kalau Unique Clicks (All) ni lagi tinggi daripada CTR (All), bermaksud headline & gambar anda berkesan.

Jika CTR (ALL) rendah pula tidak bermaksud ia tidak berkesan. Mungkin orang dah nampak ads anda sebelum ini dan dah engage. So kadang-kadang audience kita ni tak akan engage dua kali. Tapi jika iklan anda tu dia nampak buat kali ke 2, dan dia tidak click, CTR (ALL) akan menurun sebab dah dikira as impression.

Faham setakat ni?

Jom Kita Tengok Data

 

Saya akan fokus kepada CTR (ALL), Unique Clicks (All) dan juga Frequency

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, jika Unique CTR (ALL) anda rendah dari CTR (All), dan rendah ini bawah 10%, kemungkinan ada 2 sebab:

  1. Headline & gambar tidak menarik
  2. Audience sudah jemu atau sudah engage

Jika kita lihat, frequency juga menunjukkan yang iklan telah sampai lebih dari 1x sehingga ada yang sampai 2x.

Macam mana saya tahu audience ini sudah jemu atau sudah engage? Sebenarnya iklan ini sudah berjalan hampir 3 bulan.

Pada bulan pertama, memang semua metriks yang saya mention di atas ni adalah sangat tinggi. Tetapi ia makin merosot saban hari.

Lead/comment tetap masuk sebab masih ada yang belum lihat iklan ini tapi cost per comment atau lead itu semakin mahal.

Apa Yang Berlaku Selepas Headline & Gambar Baru Dihasilkan?

Metriks Unique CTR (All) kita improve. Sebab headline yang baru, gambar yang baru. Frequency pun masih rendah, orang pertama kali lihat iklan kita, dia akan berminat untuk clicks.

Kalau anda tengok table di atas, yang yang sampai 23%. Data ini masih lagi mentah kerana impression pon rendah, 159 sahaja. So statisically, it doesn’t represent the actual data. Kena tunggu once dia dah hit at least 500 impression atau 500 reach baru kita boleh lihat. Lagi tinggi reach dan impression, data itu semakin tepat.

A headline which will work  in one stage of awareness will not work to a market in another stage of awareness. Nor will it work, even to a market in which it has been successful, once that market passes on to a new stage onto new awareness Eugene Schwartz

Jika kita berpaksikan kata-kata Eugene Schwartz di atas, ini bermaksud anda perlu ubah headline anda mengikut tahap kesedaran atau awareness audience anda.

Jika dalam headline anda sebut mengenai produk, audience yang masih belum kenal atau belum tahu mungkin tidak akan engage dengan iklan tersebut.

Tapi apabila audience sudah mengenali produk anda, bila anda letak nama produk, mungkin peratusan clicks akan lebih tinggi.

So itulah quick glance yang saya gunakan untuk membaca data yang saya ada dan tentukan jika headline dan pemilihan gambar yang saya buat itu adalah tepat.

Saya harap anda dapat ilmu daripada post saya kali ini.

Jangan lupa share ya kalau bermanfaat!

Boleh follow saya di Facebook dan juga Page untuk dapat update tentang ilmu-ilmu saya yang tak seberapa yang saya bakal kongsikan di masa hadapan.

P/S : Jika anda rasa post ini terlalu padat dan penyampaian yang agak laju, sila baca skali lagi. Boleh comment kalau ada yang perlu saya jelaskan.

(Visited 393 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. Zayn August 14, 2018 at 5:16 am

    Terima kasih cikgu Afif. Ilmu ni mahal. Sangat membantu.

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *