Bergantung kepada objektif kita semasa kita buat ads, kita akan set certain KPI.

Contohnya kalau kita inginkan traffic atau view, kita akan expect increase in Link Clicks misalnya.

Kalau kita fokus ingin mendapatkan Page Post Engagement (PPE), kita akan fokus kepada reaction, shares, clicks, comment sebagainya.

Fahaman tentang marketing agak simple. Jika kita tahu berapa Cost Per Lead (CPL) kita, kebarangkalian, kita tidak kisah pon kalau PPE kita ni RM0.50 kalau CPL kita adalah RM5. Betul?

Tetapi kebanyakannya berlumba-lumba untuk mendapatkan PPE murah walaupun mereka tidak sedar atau tahu berapakah CPL untuk business mereka.

Debate topik ini sangat besar tetapi kalau anda ingin terus maju, mindset tentang PPE ni harus berubah sedikit.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Delivery Insight.

Facebook Delivery Insight

Ia adalah satu kemudahan yang disediakan oleh FB apabila sesuatu Ads Set mengalami perubahan yang agak ketara (bergantung kepada objektif) dalam masa 5 hari berturut-turut supaya kita tahu apa yang kita ubah sampaikan ada kesan di atas prestasi ads set kita.

If your ad set has been running for at least 5 consecutive days, has at least 500 impressions and has experienced a performance shift, Delivery Insights will become available for that ad setFacebook

 

Sebagai contoh. Anda mula buat ads, insert segala jenis interest dan targetting anda. Dan anda dapat estimation reach sebanyak 1,100 – 4,700 daily. Total possible audience adalah 73,000

Kebiasannya kita akan fikir. Reach 4700, tinggi dah tu. Sesuai.

Ye ke? Teruskan membaca.

Jumlah reach bergantung kepada Budget Ads per day.  Yang di atas ni saya buat RM1200, lifetime budget dari October sehingga December.

Roughly RM13.33 / day selama 90 hari.

Kalau saya guna figure 4700 reach per day, secara idealnya, utk khatamkan audience saya dengan ads yang saya buat, roughly saya perlukan:

Best Case : 73,000 / 4,700 = 15 hari.

Worst Case : 73,000 / 1,100 = 66 hari.

Ini bermaksud, saya perlu tunggu selama 66 hari utk sampaikan Ads saya kepada semua targetted audience saya. Betul?

66 hari adalah satu tempoh yang panjang. Almost 2 bulan.

Ada 2 cara untuk cepatkan penyampaian ads ni kepada audience kita.

  1. Increase budget per day. Double the amount to cut the time into half. Tripple the amount to reduce it further.
  2. Kecikkan lagi audience.

Akan tetapi, Facebook tidaklah sekejam itu. Dan juga tidaklah baik sgt. Ianya fair & square game.

Mengikut campaign yang saya telah jalankan, berikut adalah data dari Delivery Insight.

 

Delivery Insight ini menunjukkan Audience Saturation, Activity History (tukar setting ads), Auction Overlap.

Satu table yang penting adalah Reach Cumulative dan juga Audience Reached Ratio.

Reach Cumulative ni adalah satu angka yang dimana Facebook melaporkan kepada anda, berapa ramaikah audience terkumpul yang telah sampai ads kepada mereka. Dan Audience Reached Ratio menunjukkan berapa peratus kan dari jumlah audience anda yang telah sampai ads kepada mereka.

Macam saya tadi 73,000 audience. So latest untuk semalam adalah 21% dari 73,000 telah sampai ads kepada mereka sekurang-kurangnya sekali.

So far,  19,739  audience yang telah lihat Ads saya.

Masih lagi lebih kurang 55,000 audience yang masih belum lihat ads saya.

Reach Cumulative

 

Mengikut data di atas, reach cumulative setakat 29 September 2017 adalah 12,000 audience. Facebook telah membelanjakan sejumlah RM12.67 pada hari tersebut.

Sama juga berlaku pada 2 October 2017. Reach cumulative adalah 18,000 audience. Jumlah yang dibelanjakan pada hari tersebut adalah RM11.97.

Peningkatan sebanyak 6000 audience dalam masa 3 hari. Bermaksud, lebih kurang 2000 audience sehari untuk RM12.

Ini secara kasar untuk memudakah perkiraan kita.

Lihat kembali estimated Facebook ini semasa kita buat targetting.

 

1,100 – 4,700 reach. Akan tetapi, the real scenario adalah 2000 audience. Reach yang sebenar adalah 50% daripada estimation tu.

Oleh itu, untuk 2000 reach per day. Kalau saya nak sampaikan Ads saya kepada semua target audience saya, saya perlukan 73,000 / 2000 = 36.5 hari.

SEBULAN!  Dengan menggunakan budget lebih kurang RM12 day.

Kenapa saya buat Link Clicks (Traffic) tapi saya tak cerita pasal KPI ni?

Ini cerita untuk lain hari 🙂

Cara Mudah Untuk Lihat Reach

Boleh pergi ke Power Editor atau Ads Manager, Time Range tukar kepada Yesterday, then lihat berapa Ads Reach.

Dalam table di atas, reach untuk 2 Oktober adalah 2,974 orang.

Faham setakat ni?

Image result for yes sir

Kalau audience ada 100,000 orang, RM10 estimation reach adalah 1000-3000 audience (contoh sahaja), kita ambil 50% dari estimation, reach adalah 2000 audience reach per day per RM10.

So kalau 100,000 orang, anda perlu spend, 50 hari x RM10 = RM500. Okay?

Tetapi, buat macam ni JIKA campaign atau copywriting anda perform la.

Kalau tak, rugi hantar “benda” yang tak perform kepada semua orang.

Tak gitu?

Kesimpulan

Regardless of berapa budget spend anda untuk sesuatu campaign, kalau anda nak sampaikan ads anda kepada semua audience, anda tak banyak pilihan.

Increase budget atau kecikkan audience.

Masalah dengan kecikkan audience adalah kalau anda tak yakin yang audience yg anda kecikkan itu tak targetted, mungkin nanti ads tidak sampai kepada bakal pelanggan anda yang betul-betul ada masalah dan nak tahu apa penyelesaian yg ada.

So apa pilihan yang anda ada?

INCREASE BUDGET

Tetapi, macam saya cakap. Kena make sure ads tu perform dahulu!

Macam mana nak tau ads tu perform atau tidak mengikut statistik ni, ini post untuk lain kali.

Harap-harap ilmu yang tak banyak ini, membantu anda untuk menguruskan budget ads anda dengan lebih baik. Amin!

**featured image credit to SocialSprout

P/S : Follow saya di Facebook kalau tak nak miss out perkongsian saya yang lebih kurang begini. Tekan SINI

 

(Visited 329 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *