Kredit kepada Abe Din.

 

Perkongsian ini sebenarnya dari group WhatsApp LM Kelate. Saya share terus dekat sini supaya ilmu2 yang di share tidak hilang.

 

Kehadiran malam tadi dalam 10 orang.
Antaranya Cikgu Fadzli, Adly Mukhtar, En Sidik (Haru Eli), Ruzaini (Al Razi), Nasrul Hafiza dll.

Antara perkongsian:-

1. Iklan radio.
– Kerap + Konsisten + Berterusan.
– ‎Kalau setakat 1-2 bulan on baik tak payah.
– ‎ROI biasanya boleh nampak lepas 3 bulan ke atas.
– ‎Mula region dahulu macam Manis FM atau THR Gegar sebelum ke radio cover Malaysia.

Hok male tadi katanya loni manisfm ado promo sampai disember RM10 per spot. Kena ambik 400 spot. Kiranya RM4,000

Biasa kalu tak silap RM80 per spot.

Paling mahal loni kalu tak silap erafm RM900 per spot.

Molek ambik 400 spot habiskan sebulan.

2. Post Engagement -> Impression.
– Ads kelaut sejak FB hanya ada impression.
– ‎Solution: Interest.

3. Founder Produk.
– Kena ke depan berbanding produk itu sendiri.
– ‎Buat Live FB utk bina follower.
– ‎Follower convert kepada Stokis/Agen bukan jual retail.

4. Rezeki.
– Pasak dalam hati, rezeki dari Allah.
– ‎Kita hanya boleh susun strategi & usaha.
– ‎Rezeki atas izinNya.

5. Mentor.
– Cari mentor yg dah buat bukan hanya tahu cakap/suruh.
– ‎Ikut apa mentor buat 100%.
– ‎Jangan ubah sebab mentor dah lalui apa yg dia ajar.
– ‎Kalau ubah, ada kemungkinan besar akan gagal.

6. Staf.
– Cari staf sama ada sudah pandai atau hanya tahu asas je.
– ‎Pandai bermaksud kita tak perlu ajar & dia hasilkan result yg bagus.
– ‎Tahu asas supaya mudah kita ajar & dia ikut.
– ‎Jangan ambil staf tahap medium sebab kebanyakan mereka ni terlalu banyak mazhab dipelajari sampai semua benda dia nak buat & takkan ikut apa kita suruh. Hasilnya… Kelaut.

7. Google Adwords.
– Conversion lebih tinggi berbanding FBads.
– ‎Wajib letak penafian result guna produk akan berbeza bagi tiap individu.
– ‎Attach sijil jika ada seperti Halal, KKM dll utk google review.

8. Produk/Niche.
– Permintaan sentiasa tinggi utk produk wanita.
– ‎Elakkan niche kosmetik @ skincare.
– ‎Nak tahu demand, pergi ke farmasi & tanya produk apa ramai wanita cari.

9. Export.
– Pasaran besar di Brunei & Timur Tengah.
– ‎Dengan syarat ada sijil Halal.
– ‎Terutama ubat kuat.

(Visited 255 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *