Anda pernah tak alami situasi di mana customer A beli dengan anda.. punyalah susah nak close.. tapi bila repeat, dia repeat dengan seller lain.

Apa perasan anda? Sentap?

Now – macam mana kita nak atasi masalah ni.

Mungkin anda tak pernah dengar pasal itch cycle dan kenapa ia adalah sejenis generating sales activity yang ramai tak buat?

Saya bagi analogi yang mudah supaya anda semua faham.

Jika anda peminat tegar air Milo, sekali beli Milo pek 2KG. Anda anak anak 3 orang, isteri sorang. Semua tegar milo.

2KG ni habis dalam masa 2 bulan.

2 bulan berikutnya, mesti anda pergi beli lagi kan milo ni?

Kalau betul lah anda repeat dalam masa 2 bulan, bermaknya itch cycle anda terhadap milo adalah 2 bulan – repeat setiap 2 bulan.

Macam kita gatal, kita garu kan?

Kalau kita galam 5 minit skali, so kita akan garu 5 minit sekali.

Sama juga dengan produk atau solution yang anda jual. Akan ada itch cycle masing.

Setiap product ada itch cycle tertentu.

Contohnya anda jual produk skincare. Skali beli, tahan sebulan. Jika skincare anda terbaik, anda akan dapat repeat order next month.

So itch cycle anda adalah sebulan.

Tapi apa yang terjadi kalau anda juga seorang seller yang jual produk orang lain dan ada juga stokis atau ajen2 lain yang turut serta menjual?

Maksudnya, anda ada competition atau saingan.

ITCH CYCLE.

Kalau anda tahu produk anda tu akan habis digunakan dalam masa 1 bulan, anda perlu terus follow semasa minggu ke 3 sebelum habis.

Kenapa?

Sebab anda sudah ada head start.

Anda sudah kenal customer tersebut dan anda telah memberi layanan terbaik sebelum ni.

Tapi kerana kegagalan kita untuk follow up, end up mereka repeat order dengan orang lain.

TINDAKAN ANDA UNTUK HARI NI

Kenal pasti itch cycle produk anda – seminggu, sebulan, 2 bulan, dan sebagainya.

Rekod data pembelian seperti tarikh.

So jika cycle produk anda sebulan dan customer beli produk anda pada 1 January 2018.

Pastikan anda follw up minggu ke 3, somewhere around 20-22hb January 2018.

Cara follow up agak simple.

[1] Tanya khabar

[2] Tanya progress. Dah improve ke.. nampak perubahan ke.. React accordingly.

[3] Tanya – masih ada lagi ke atau dah nak habis..

[4] Then ask for the order – takut putus bekalan

Sila buat benda ni mulai sekarang.

Jangan anda penat lelah close customer, tapi depa repeat dengan orang lain.

Penat beb.

Ingat. Nak convince orang untuk beli produk dengan kita dah la susah, repeat dengan orang lain.

Jangan marahkan pesaing.

Susun atur strategi semula supaya anda dapat repeat sales tu ye.

(Visited 105 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *