Pada May 2017, Instagram secara beperingkat telah menambah baik Instagram dengan menyediakan Business Profile kepada pengguna mereka. Saya juga turut serta bertukar kepada Instagram Business Profile setelah features Business Profile ini sampai di Malaysia.

Pada mulanya saya tidak sedar akan kemudahan atau kelebihan yang ada pada Business Profile ini sehinggalah saya sendiri mencubanya.

Ada beberapa kelebihan yang ada pada business profile ini yang membolehkan anda – sebagai pendiri business atau mempunya perniagaan mendapat manfaaf dari business profile ini.

Namun, sebelum kita pergi kepada kelebihan dan kekurang Business Profile, adakah sesuai untuk anda bertukar kepada business profile?

 

should i switch to an instagram business profile?

Berikut adalah infograhic daripada Later. Pendek kata, kalau anda ingin menggunakan Instagram ads dan anda perlu lihat data tentang visitor atau follower anda, anda harus bertuka kepada Business Profile sekarang.

Di Malaysia, masih belum ramai atau adoption rate untuk Business Profile ini masih rendah.

Ramai lagi yang menggunakan private IG semasa menjalankan aktiviti business mereka.

Itu tidak mengapa. Lain orang, lain fikirannya.

Tapi oleh kerana saya ingin menjalankan Instagram ads, ini adalah no brainer. Ada peluang je terus saya switch kepada business profile.

 

Macam Mana Nak Tukar Kepada Business Profile?

Instagram for Business Switch to Business Profile

 

Anda mungkin mendapat satu banner jemputan dari Instagram untuk bertukar kepada Business Profile akan tetapi kalau tidak ada, anda boleh ikuti langkah di atas.

Kebaikan Menggunakan Business Profile

#1 Mudah Untuk Dihubungi

Sebelum Business Profile diwujudkan, salah satu cara follower untuk berhubung adalah dengan click link pada website, Direct Message (inbox) mahupun WhatsApp.

Kini dengan Business Profile, follower anda boleh terus SMS anda atau pun Email.

 

 

Namun begitu, dua method untuk berhubung ini jarang digunakan di negara kita ni.

Tetapi jangan risau. Saya dah jumpa jalan untuk memudahkan perhubungan di Instagram ni 🙂

 

#2 Access kepada data

Ini yang saya sangat perlukan untuk mengenali siapa follower business profile saya. Anda bleh tahu penambahan follower, berapa post yang anda telah buat, berapa impression yang anda telah capai dan bermacam-macam lagi.

Apa yang menarik adalah demographic follower. Anda boleh semak jantina follower anda, umur, lokasi dan juga bila waktu folllower anda aktif.

 

 

Post anda juga mempuna insight tersendiri. Anda boleh semak berapa jumlah impression, reach dan juga engagement.

Namun begitu, data-data ini tidaklah begitu complete.

Apa yang saya gunakan adalah Iconosquare (gambar di atas). Yang ni topik lain. Nanti saya share.

 

#3 Instagram Ads – Iklan Berbayar

Ini adalah kelebihan yang terbesar pada business profile di mana anda boleh mula menggunakan iklan berbayar. Cara untuk membuat iklan di Instagram amatlah mudah seperti gamba berikut.

Pilih mana-mana post yang anda ingin jadikan ia sebagai iklan dan click pada “Promote”

 

Pilih sama anda perlukan prospek untuk melihat profile anda ataupun website visit. Dekat sini pon sebenarnya anda boleh menggunakan WhatsApp API sebagai whatsApp anda

 

Isi  butiran tentang iklan ada. Tentukan destinasi samada profile sendiri, website, WhatsApp atau sebagainya.

Pilih audience anda – anda bole buat automatic dimana Instagram akan cuba mensasarkan iklan anda kepada 1% yang sama dengan Instagram audience anda sekarang.

Setkan budget anda dan durasi iklan.

Then submit for promotion.

Itu sahaja.

 

 

 

Soalan famous – Business macam mana sesuai dengan Instagram ni?

Ntah.

Saya pun tak tahu.

Business anda run, mestilah anda yang lebih berpengetahuan.

Tetapi bagi saya – kalau business anda ni memang target marketnya adalah wanita yang berusia dari 18 – 29 tahun dan anda tidak menggunakan Instagram sebagai salah satu plaform social media, anda akan rugi.

Instagram daily active users

 

Lebih dari 700m montly active users. Ramai tu! Dan percayalah – kalau content ada sangat menarik, engagement anda sangat tinggi di Instagram. Gambar sama yang ada post di Facebook mungkin mendapat engagement yang lebih di Instagram.

Instagram sangat sesuai untuk business yang dapat utilize gambar cantik seperti fashion, makanan ataupun lifestyle.

 

Instagram Advertising Statistics

10 Fakta Menarik Tentang Instagram

#1 Instagram dilancarkan pada October 2010

#2 Lebih dari 40 billion gambar telah dikongsi sepanjang Instagram diliancarakan

#3 Dijual kepada Facebook Inc pada harga $1 billion

#4 Lebih dari 4.2 billion like pada Instagram di setiap hari

#5 Account yang mempunyai follower tertinggi di Instagram adalah Selena Gomez dengan follower sebanyak 129 million

 

#6 Sebanyak 95 juta gambar di muat naik setiap hari

#7 Instagram telah di install dari Google Play Store lebih dari 1 billion

#8 32% pengguna Internet menggunakan Instagram

#9 59% pengguna internet berumur 18-29 tahun menggunakan Instagram

#10 Semasa Instagram memulakan kemudah memuat naik video, sebanyak 5 juta video dimuat naik dalam masa 24 jam pertama.

 

NOTA

Untik iklan berbayar menggunakan automatic  audience adalah kesilapan besar berdasarkan pengalaman saya.

Jangan buat. Tunggu post saya seterusnya.

Kalau anda teruskan juga – bagi saya bazir duit dan masa. Sebab kalau anda guna audience automatic, ia tidaklah begitu tepat.

Pernah satu ketika saya juga menggunakan fungsi automatic ini dah bila saya tengok, engagment datang dari ntah mana-mana. Bila lihat profile yang engage tersebut, ada yang budak sekolah rendah. Sekolah menengah. Saya terus stop.

 

Jangan lupa share artikel ini ye! Boleh subscribe kepada mailing list saya untuk dapatkan terus info2 dan ilmu2 premium kepada inbox anda.

 

 

(Visited 1,166 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *