Di dalam GA, salah satu analytics yang sangat berguna dan penting adalah Acquisition.

Report acquisition ni menunjukkan dari mana visitor jumpa web anda (Google, Social Media, Referrals etc).

Ia penting untuk kita fahami kerana kita boleh kaji dan tahu channel manakah yang berupaya untuk drive visitor kepada web kita dan macam mana untuk kita scale even further.

Secara kasar, Acquisition Report membantu kita untuk:

  • Mengetahui dari mana datangnya visitor web anda
  • Visitor dari sumber manakah yang banyak meluangkan masa mereka di website
  • Keyword apakah yang mereka search dan menjumpai web kita (organic search)

 

Ada 5 sumber traffic yang boleh memacu visitor kepada web kita.

Social – Social media (Facebook, Twitter, Youtube, Instagram etc)

Organic Search – kata carian di search engine (Google, Yahoo, Bing!)

Direct – Capaian terus menggunakan URL

Paid Search – Adwords

Refferal – Link dari web atau blog luar

 

Untuk business saya, organic search hampir menyumbang sebanyak 50% dari total visitor namun ia tidaklah satu jumlah yang boleh dibanggakan kerana total visitor setiap hari pon, tidak lah begitu tinggi.

Antara salah satu acquisition yang ingin saya tekankan adalah organic search, partly SEO.

 

 

Sebagai contoh, “babycook malaysia” adalah kata carian saya. Dan result business saya ada di Page #3. Tidak apa pun yang boleh dibanggakan kalau Page #3 ni. Tetapi, apabila sesorang search dan click, ini adalah contoh organic search acquisition.

Apa yang kita boleh buat disini menggunakan Acquisition report adalah untuk kita tahu dan ambil langkah-langkah seperti AdWords untuk keyword yang selalu menjadi sumber traffic kepada website kita. Oleh itu, kita dapat lagi tinggi visibility di Google. Tak kisah lah Paid atau Organic, asalkan orang nampak. Betul?

So macam mana nak tahu apa yang orang search dan keluar kita punya website? Boleh guna Google Search Console atau Acquisition report.

 

Kalau dekat Acquisition Report, jadi macam ni.

 

Row paling kiri, search Query. Ini adalah seach query yang membawa visitor kepada website kita. Dekat sini youtube merchandise paling tinggi. So bila prospek search youtube merchanide, keluar website ni, then dia click. Dari 3728 visit, keyword youtube merchandise ni membawa hampir 6% visit kepada website.

Contoh kalau anda jual baju kurung dan anda tgk analytics. Rupa-rupanya, baju kurung adalah salah satu keywords yang menyumbang kepada visitor di web anda.

Anda boleh gunakan AdWords untuk amplify visiblity anda.

Kita tengok pula Pualtan. Blog Automative #1 di Malaysia.

Cuba teka. Berapa rank paultan.org di Malaysia ni?

14! Beb.

 

440k view setiap hari. Monthly view 13 juta!

 

Mengiku data Alexa, 27% visitor datang dari pada search traffic atau organic search! 27% x 440k view, hampir 118k page view contributed by organic search!

Kalau 27% dari Organic, masih tinggal lagi 73% untuk social media, referral dan juga direct. Assuming social media is main source of the traffic, untuk maintain page view, Paultan hanya perlu buat post di social media dan link kepada website beliau.

Kita tengok FB page Paultan.org, memang kebanyakan post adalah link dengan website beliau.

Nak capai tahap Paultan.org ni bukanlah mudah. Saya pon mungkin tak tercapai. Tetapi dengan awareness dari social media, dan beliau sedar huge traffic source adalah dari social media, apa yang perlu dilakukan adalah post di social media dan link kepada web.

Dahsyat tak dahsyat, inilah asset anda. Website/eCommerce/blog.

Terjumpa artikel yang sangat menarik di Digital News Asia tentang Paultan.org. Boleh baca disini.

All right, itu sahaja buat kali ni.

Saya akan explain lebih lanjut GA di masa akan datang.

Boleh follow saya di Facebook supaya tak terlepas sharing sebegini. KLIK SINI.

(Visited 194 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *