Cara baca data iklan berbayar di Facebook sangat penting supaya kita tidak terpengaruh apabila membuat keputusan tentang prestasi iklan kita.

Terlalu ramai yang saya tengok apabila mereka membuat kempen iklan objective Page Post Engagement (PPE), yang dilihat oleh mereka hanyalah berapa sen yang mereka kena charge untuk setiap post engagement.

Sedangkan yang mereka perlukan masa guna iklan berbayar tersebut adalah lead atau comment atau no phone/WhatsApp dan sebagainya.

Statement di atas tepat kalau mereka yang mengharapkan lead dari iklan berbayar.

Saya tak boleh generalize semua orang macam tu kerana setiap orang ada objektif tersendiri semasa buat iklan berbayar. Ada yang cakap dia inginkan comment dan share. Mungkin ingin post atau iklan tersebut tersebar atau mungkin juga ingin mengumpul Custom Audience (CA).

Regardless apa objektif anda, kalau anda inginkan comment/lead/no phone/WhatsApp click, berhenti mengejar 0.02 sen.

Kerana mengejar 0.02 sen untuk komen adalah sangat tidak wajar atau valid.

Tapi kalau dapat lead/comment/WhatsApp semurah itu, iklan anda amat-amat berkesan.

So apa metrik iklan yang kita patut analisa?

  1. Bilangan komen
  2. Ratio reaction per comment (sebagai indicator)
  3. Cost per comment
  4. Frequency
  5. Cost Per Link Click
  6. CTR
  7. Unique CTR
  8. Outbound Click
  9. Reach/Impression
  10. CPM

Bilangan komen – Kalau CTA kita “PM”, berapa ramai orang komen “PM”. Ini dikira sebagai 1 lead. 2 komen PM, 2 lead

Ratio reaction per comment  – Metriks ni anda kena congak atau kira sendiri sebab takde dalam Power Editor atau Ads Manager. Rule of thumb, kalau ada 100 orang yang bagi reaction (like, love, sad etc), comment mesti lah 40,50 dan ke atas tidak termasuk komen reply dari anda.

Cost per Comment – Sangat penting untuk kita jaga cost per comment atau cost per lead ni. Kalau 1 komen kita kena bayar RM40, untuk dapatkan 20 comment, kita kena bayar almost RM800. Mati macam ni kalau anda poket tak tebal.

Frequency – Frequency adalah satu metrik yang menujukkan berapa kali audience telah nampak atau berapa kali iklan anda telah keluar di NewsFeed mereka.

Cost Per Link Click – Kalau anda guna CTA click untuk WhatsApp, anda kena tahu berapa cost Link CPC. Sama macam cost per comment.

CTR/Unique CTR – Boleh refer kat sini. Super important. Basically penanda aras untuk tentukan sama ada headline, gambar dan first para kita bagus. Above 8% I think should be okay untuk new audience pool

Outbound Click – Outbound click menujukkan bilangan click yang membawa audience keluar dari Facebook. Contoh yang paling bagus adalah click link wasap.my.

Reach / Impression  – Anda kena tahu berapa expected audience size semasa anda setup ads. Contohnya, expected audience size adalah 20k. So jika reach anda sudah masuk 10k, bermaksud anda sudah 50% cover keseluruhan audience pool anda.

Cost Per 1,000 Impression (CPM) – Berapa cost untuk kita tunjukkan kepada audience 1,000 kali.

Jelas setakat ni?

CARA SETUP METRIK DI FACEBOOK MENGGUNAKAN POWER EDITOR

Kalau nak guna Ads Manager pon boleh. Saya cuma lebih selesa menggunakan Power Editor (PE).

#1 Klik Columns dan klik “Customize Columns”

#2 Setting column seperti tertera di bawah. Klik save as preset dan berikan nama yang sesuai. Lepas tu klik Apply.

#3 Setelah Apply, pilih columns Preset yang anda telah setting tadi.

Siap. So macam mana kita nak baca data yang kita ada ni?

Cara baca data ni amat bergantung kepada niche, product dan awareness terhadap brand anda tu sendiri. Ia sangat berbeza akan tetapi, paras ukur atau minimal benchmark untuk menentukan sama ada sesuatu  iklan itu gagal (berhentikan), berjaya (maintain) dan high potensial (untuk scale up) adalah sama sahaja.

Kalau anda follow saya setakat ni, anda boleh dulu setup macam ni nanti kita akan discuss further cara untuk baca data.

Boleh subscribe kepada blog saya ni dan juga follow saya di Facebook kalau tak nak terlepas info2 yang banyak saya share.

CLICK SINI UTK FOLLOW FACEBOOK

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

 

 

(Visited 758 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *