Blog post untuk ecom ni saya nak buat macam journal. So saya nak cerita apa saya buat, apa saya belajar.

So mungkin tak ada lesson learn atau apa. Cuma saya nak rekod apa saya buat, supaya kalau satu hari nanti saya berjaya, saya boleh replay semula kesilapan saya.

Mungkin rakan-rakan yg lain pun dapat belajar

Goals

Untuk drive traffic kepada ecom website – ada dua 2 jenis campaign.

  1. Dapatkan pre-order untuk produk baru yang bakal sampai October nanti
  2. Dapatkan sales untuk produk yg hampir sama and dah ready stock

Produk price range adalah RM899 – RM1199

Campaign Setup

Menggunakan combination of campaign setup untuk drive traffic, beberapa approach yg berbeza untuk saya tengok result.

  1. Brand Awareness
  2. Web Conversion – ATC
  3. Video Views
  4. Traffic

Brand Awareness : Video 30s yang menunjukkan pelanggan yang telah berurusan dengan saya – show them happy faces

Web Conversion : Retarget semula Abandon Cart, Shop Visit, Product Visit etc. Optimize on ATC

Video Views : Produk demo – untuk tunjuk cara guna

Traffic : Awareness mengenai produk dan general tips

Result

Data kat atas ni tak tepat. Sebab ada produk yang berharga RM1300 ada dalam cart 22x menyebabkan Abandon Amount lebih dari RM27,000.

So tolak data anomaly ni, abandon amount RM14,885. Merecik betul. Hampir 15 ribu abandon. Boleh keluar air mata darah.

Data dari FB Ads pula..

34 ATC – cost per ATC average RM38.

Website Purchase ada 4 – contribute around RM3,167.30. ROAS 2.46 in average.

Tapi ada satu campaign je yang contribute kepada 4 purchase tu.

Apparently campaign ni bukanlah campaign WC.

Dari segi Google Ads pula, dengan cost RM25, generate RM2088 of sales. ROAS hampir 85 kali ganda.

To Do..

Total ATC so far adalah 34. 4 dari ATC menghasilkan pembelian. Hanya dalam 12%.

Perkara yang saya perlu fikir adalah macam mana nak retarget semula orang yang ATC ni dan apakah jenis-jenis content nye.

Next step juga adalah untuk drive more traffic.

InsyAllah lagi 2 minggu saya akan share result lagi.

 

(Visited 141 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Zam August 11, 2018 at 9:22 am

    Good journey. Nak konsisten tulis ni nak kena ada disiplin. Good luck Abe

    Reply
    1. Afif Rus August 12, 2018 at 1:19 am

      Itulah bang. Jenuh juga ni ahaha

      Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *