PART 2: PENGURUSAN DATABASE PELANGGAN
.
“walaupun hanya ada seorang pelanggan, pengurusan datanya adalah sama rumit seperti menguruskan database 100000 pelanggan”
.
SOLUTION – SATU NICHE SATU GMAIL.
.
Jika kita mengusahakan niche beauty, maka kita perlu teruskan dengan niche yang sama sehingga kita ada jutaan database. Saiz database ialah penentu kepada saiz sale kita dan saiz bisnes kita. Oleh itu, amatlah tidak disyorkan untuk
.
– Mengusahakan lebih dari satu niche pada satu masa
– Bertukar tukar niche
.
Kerana ini akan menghalang dari membina database yang dapat grow
.
Step #1 : BUAT AKAUN GMAIL BARU DAN GUNA SIMKAD BARU BILA MEMULAKAN SATU NICHE ATAU BISNES. – jangan guna telefon sedia ada kerana database akan di uruskan melalui gmail dan melalui wassap. Oleh itu, gmail dan wassap perlulah KHAS kepada projek tersebut.
.
Step #2 : MEMASTIKAN CARA MENYIMPAN DATA PELANGGAN MEMUDAHKAN PENGURUSAN DATA.
.
Cara save nama pelanggan perlulah:
– Boleh di Index kan – untuk memudahkan search
– Dan Mematuhi asas sales funnel
Contoh – Saya jual produk beauty Dermags skincare. www.dermagsdirect.com
.
Langkah pertama saya ialah beli simkad baru dan buat gmail baru. Satu telefon khas akan menggunakan simkad tersebut dan telefon tersebut akan di sync dengan akaun gmail yang telah saya setup tadi.
.
Next, saya akan setup wassap dengan menggunakan no telefon baru. Ini supaya Database pelanggan akan dapat saya selia melaui wassap dan broadcast kekal tersimpan kepada nombor wassap yang tersebut.
.
CARA MENYIMPAN NO TELEFON PELANGGAN
.
Apabila menggunakan wassap, akan ada 2 cara leads masuk.
– Dia wassap kita dulu (bermakna dia save no kita dan dia wassap kita)
.
– Kita wassap dia dulu ( bermakna dia tak save no kita)
Isu save nombor adalah sangat penting kerana kita perlukan mereka save nombor ktia supaya urusan follow up lebih senang dan ringan. Broadcast tidak akan hantar mesej kepada orang yang tidak save nombor kita. Jadi kalau ada 100k database pun, ia tidak mempunyai makna kalau mereka tak save nombor kita.
.
1. SEMUA NOMBOR MESTI SAVE KE GMAIL – bukan kepada phone.
.
Ini amat penting kerana melalui gmail, kumpulan no phone ini akan boleh kita gunakan untuk membina Custom Audience dalam facebook. Jadi pastikan semua nombor disimpan dalam gmail dan diasingkan mengikut kategori dalam sales funnel.
.
2. Menyimpan nombor telefon mengikut kategori prospek dalam sales funnel.
.
a. Mulakan dengan nama produk dulu.
.
i. DMG – untuk prospek yang wassap kita dulu- sebab kita tahu dia save nombor kita
.
ii. XDMG –untuk prospek yang kita wassap dulu – sebab mereka tak save nombor kita.
.
iii. Ini index peringkat pertama iaitu orang yang save dan orang yang tak save nombor kita
.
b. Kemudian indexkan mengikut bila mereka hubungi kita. Ada database yang masih fresh, ada database yang dah lama. Kita perlu tahu siapa yang baru kenal produk kita dan siapa yang dah kenal produk kita lama. Kita juga nak tahu siapa yang dah begitu lama membeli dengan kita, tapi tak repeat sale dan seumpamanya. Ini kerana, kita boleh buat macam-macam bila kita tahu lebih banyak maklumat mengenai dia
.
i. DMG 0829 – ini ialah orang yang wassap kita pada tarikh 29 ogos. Kenapa letak 08 di depan dan 29 dibelakang – sebab saya index prospek/pelanggan saya mengikut bulan –
.
ii. Next, saya masukkan index harian pula. Jika dia merupakan orang yang ke 21 maka nama dia jadi DMG08 21 maziah – maziah tu nama dia, of course
.
iii. Bila dia berjanji nak beli maka saya tambah Y08 di depan. Ini bermakna dia berkata YES pada bulan Ogos. So nama dia jadi Y08 DMG08 21 maziah
.
iv. Apabila dia membeli , maka saya tukar Y08 kepada B08 yang bermakna dia beli dalam bulan Ogos. Jadi nama dia jadi begini B08 DMG 0829 21 maziah
.
v. Disini saya tahu banyak perkara mengenai beliau dan senang untuk saya follow up nanti .
.
vi. Merujuk kepada konsep sales funnel, kategori pelanggan yang berbeza memerlukan mesej yang berbeza. Program kesetiaan pelanggan perlu di buat terhadap semua pelanggan yang telah membeli, dan kajiselidik boleh dilakukan terhadap pelanggan yang telah berjanji tetapi tidak membeli dan seumpamanya
.
vii. Fungsi search dalam wassap akan jadi lebih mudah apabila nombor di indexkan dengan lebih sistematik.
.
viii. Apabila saya menambah nombor baru untuk tujuan closing, saya hanya tambah satu field index sahaja lagi sebagai contoh DMGA dan DMGB untuk telefon A dan telefon B.
.
ix. Apabila telefon rosak ataupun bertukar, Semua nombor pelanggan dapat di restore melalui google. Dan dengan melihat kepada struktur nombor, kita tahu pelanggan kita berada pada kategori mana, dan dalam broadcast group nombor telefon mana.
.
c. SENI BROADCAST
.
i. Hanya prospek yang yang save nombor kita sahaja yang akan menerima wassap kita. . Buat group “BROADCAST DMG 08” – disini kita letak semua sekali nombor yang kita ada samada yang wassap kita dulu ataupun yang kita wassap dulu. Nanti bila kita broadcast pada mereka, kita akan tahu samada mereka save nombor kita atau tidak.
.
ii. Lihat pada tick dibawah mesej. Jika 1 tick = mereka tidak save nombor kita. – golongan ini kita buat group broadcast satu lagi. Buat group broadcast “BROADCAST XDMG 08”- ini golongan yang tak save nombor kita dan kita akan main permainan psikologi dengan mereka.
.
iii. bagi prospek yang kita wassap terlebih dahulu, kemungkinan besar mereka tidak save nombor kita dan tugas kita meyakinkan mereka untuk save nombor kita.
.
iv. Bermula dengan ketika mengenalkan diri – info sekali supaya mereka save nombor kita dan nyatakan beberapa perkara bernilai yang dia tak nak ketinggalan. Perkataan trigger bagi pelanggan biasanya ialah perkataan “sale” atau “promosi”
.
v. Nyatakan kepada mereka supaya save nombor kita supaya dapat menerima mesej kita apabila kita mengumumkan mengenai sales dan promosi atau apabila ada program appresiasi pelanggan – ini step 1
.
vi. SENTIASA UJI GOLONGAN INI DENGAN MESEJ BROADCAST
.
vii. Mula-mula sekali buat satu broadcast kepada group broadcast yang besar dan lihat sapa terima dan tidak terima.
.
viii. Yang tidak terima (yang tidak save) perlu dihantar secara manual dan nyatakan supaya mereka save nombor kita. Paling penting ialah pastikan kita sentiasa menghantar update yang member nilai kepada mereka supaya mereka rasa rugi apabila tidak menerima mesej daripada kita.
.
pastikan juga setiap kali hantar mesej manual kepada mereka kita nyatakan kepada mereka supaya save nombor kita.
.
kadangkala bila ada promosi, kita buat broadcast dan bagi mereka yang tidak terima, kita hantar mesej manual kepada mereka bertanyakan samada mereka terima mesej mengenai sales tersebut ataupun tidak. Pengalaman saya, mereka akan respon. dan saya akan minta mereka save nombor saya dan maklumkan saya setelah mereka save… kerana kononnya saya nak cuba hantar mesej sekali lagi.
.
ini semua permainan psikologi. Tidak ada orang mahu ketinggalan dan tidak ada orang mahu rugi. Kita kena mainkan sentimen itu.
.
setiap kali follow up yang kita buat untuk mantain engagement, kita buat perkara yang sama dan kita tanya mereka lagi.
.
contoh – ” puan ada terima tak tips yang saya hantar tentang bagaimana nak hilang jeragat dalam 3 hari?” tentulah mereka menjawab tidak. Dan tugas kita ialah suruh mereka save nombor kita kalau tidak mereka tidak akan terima tips bagaimana untuk cantik dsb
.
ix. Berapa lama patut buat begini? Saya buat begini 2 bulan. Apabila database kita makin besar, maka makin besar list yang tidak save nombor kita. Dan kita tidak boleh selamanya menghantar mesej manual. Jika selepas 2 bulan kita follow up dia masih tidak save nombor saya, saya akan masukkan mereka dalam kategori lain, ataupun saya delete sahaja nombor mereka.
.
(saya tak tahu puan berapa ramai sebab saya fokus untuk menjadikan mereka save nombor saya

dan sebelum database yang tak save tu terlalu besar sehingga boleh menyebabkan wassap saya kena blok, saya sudah pun delete mereka.

Jangan ambil risiko terlalu banyak dengan akaun wassap ni kerana kalau whatsapp ban nombor ni, kita rugi banyak kerana x dapat follow up)
.
x. Fokus kepada golongan yang boleh kita broadcast kerana satu broadcast boleh mencapai 156 orang. Dan kalau kita ada 100 group broadcast – satu follow up sudah mencapai 15600 orang. Kalau fbads 15600 orang reach ialah lebih kurang RM156 kalau 1 reach = 1 sen. Jika kita kali dengan 10 kali follow up dlam sebulan bermakna kita dah jimat RM1560 duit iklan yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan pelanggan baru.
.

 

Post asal Pok Nik

(Visited 184 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *