Diperingkat awal membuat marketing, kita perlu banyak membuat testing supaya kita tahu samada projek tersebut boleh pergi jauh ataupun tidak.
.
Samada produk itu dapat pergi jauh atau tidak bukan bergantung kepada profit margin. Ramai beranggapan yang jika sesautu produk itu mempunyai profit margin yang besar, ia boleh pergi jauh.
.
ia tidak sesimple itu.
.
Kita kena tengok gabungan pelbagai faktor.
.
dalam simulasi ini saya hanya letakkan beberapa faktor asas bagi orang yang baru bermula. Kita kena tahu kedudukan kita dimana supaya penambahbaikan dapat dilakukan pada setiap masa
.
kempen RnD ini saya jalankan dari 17-23 sep 2016
.
objektif saya
1. test sop yang saya telah tetapkan. Jika ada masalah, saya perlu tahu dan saya mahu betulkan
2. tengok job scope yang telah saya tetapkan, adakah ia workable
3. tengok pencapaian KPI –
– kpi ads
– kpi closing
4. Tengok Conversion Rate – memenuhi KPI ataupun tidak
.
di akhir proses pada 24 september, saya akan ada satu manual kerja lengkap.. Peringkat ini, saya akan dapat edit balik SOP, KPI dan JOBSCOPE yang telah saya sediakan. Ketika penyediaan, ia hanya berada di kepala sahaja, ia perlu di uji di lapangan pula supaya ia bukan merupakan satu kerja syok sendiri.
.
interview pekerja akan dijalankan pada minggu 17-23 september 2016. latihan / on the job training patut bermula pada 26 september. Tempoh training 26- 30 september
.
tempoh penggajian bermula 1 Oktober 2016.
.
Ini adalah plan WBS – work breakdown schedule yang ringkas supaya kita tahu direction kita untuk laksanakan tugasan. Samada ia dapat dipenuhi 100% atau tidak bukan merupakan satu isu.
.
saya meletakkan KPI hanya 50% pemenuhan KPI untuk WBS ini, kerana ini kali pertama saya menjalankannya. Yang penting ialah buat dan laksanakan, bukan kesempurnaan.
.
Analisa yang sedang buat ini juga adalah analisa yang sangat ringkas. Ada beberapa elemen lagi yang perlu di gabungkan supaya gambaran lebih jelas akan nampak. Walaupun begitu, gambaran yang ada disini adalah sudah cukup jelas untuk membolehkan kita tahu apa langkah seterusnya yang patut dilakukan.
.
analisa asas seperti ini akan memudahkan kita membuat satu sistem online yang membolehkan kita menghasilkan satu report setiap kali habis kerja pada hari itu.
.
Anthony robbins cakap, “ALWAYS THINK ON PAPER” – anaisa inilah yang kita perlu lihat setiap hari dan padankan dengan ilmu yang kita dapat setiap hari. Apabila kita baca satu illmu optimization … maka kita tengok pada analisa ini dan kita akan tahu samada kita perlukan optimization tersebut ataupuan tidak.
.
Dalam analisa kerja pada 17 sept, kita dapati urusniaga berada pada keadaan yang rugi. Ia jadi rugi kerana kita masukkan kos operasi syarikat sekali dalam analisa. Jika kita tidak masukkan kos operasi dalam analisa, akibatnya kita akan jadi happy dan selaluny orang yang happy adalah orang yang boros.
.
walaupun urusniaga pada hari ini tidak untung, tetapi harus diingat bahawa kita berada dalam fasa eksperimen. Bagi saya, dalam fasa eksperimen, saya akan bergerak hanya dengan kapasiti 10% daripada kapasiti sebenar.
.
Jika dilihat, ads spent hanyalah RM20.99 sehari. Ads spend yang ingin saya capai ialah RM1000 sehari. Supaya kita tidak buang duit, kita kena pastikan kita tidak bazirkan duit dan bazirkan leads. Fasa ini ,kita nak tahu kelemahan kita, supaya kita boleh tambah baik.
.
Alhamdulillah, jika merujuk kepada data, langit nampak cerah dan saya nampak lampu hijau untuk teruskan dengan plan untuk menggajikan pekerja.
.
Sekarang ini, CPL saya berada pada RM2.62 jauh tersasar sebanyak RM1.12 dari KPI saya pada RM1.5
CPS saya juga brada pada RM20.99, tersasar sebanyak RM10.09 dari KPI saya RM10.00 per sale.
.
walaupun begitu, ini hanya data sehari. Data yang lebih baik ialah data average mingguan. Dan data paling baik ialah data average bulanan. Ini kerana bukan semua orang akan membeli pada hari dia kontek kita. kalau dia janji hari ini pun, mungkin minggu depan baru dia beli..
.
Kenapa perlu letak KPI kalau dah dapat untung? berapa lama nak ikut KPI ni?
.
xde set rules sebenarnya. Saya letak KPI supaya optimization saya ada target. Kalau saya x letak target, saya akan berhenti optimize apabila capai untung.

jika setelah habis cara optimization saya buat, tapi KPI masih saya x dapat capai.. maka KPI akan saya lower supaya jadi realistic.
.
kat sini, saya kena tengok pengurangan kos operasi pula supaya untung dapat naik. atau mungkin saya kena main dengan price structure pula.
.
yang penting, bisnes kita mesti sentiasa kena tuning. dan segala urusan tuning kena berasaskan pada nombor. Jika kita tak boleh buat, maka kita kena gajikan orang supaya jaga nombor2 ni. Jangan kedekut nak bayar gaji rm1000 sebulan untuk data analyst, sebab kita mungkin akan rugi 100k jika silap satu step sahaja.
.

rakan2 yang saya muliakan, GOOD LUCK!!

P/S: Saya sangat berterima kasih kepada mentor saya saudara Ramizu Ghazali kerana sangat sabar dengan saya menerangkan kepentingan untuk celik angka untuk memandu bisnes.
.
P/P/S: bila berada dalam fasa RnD… adalah lebih baik untuk unistall fb dari telefon masing2 (hahaha). nanti dah siap kerja, bolehla bersosial balik di fb
.
p/p/p/s: ini bukan merupakan satu manual atau satu cara yang lengkap atau sempurna. Ia hanya merupakan satu nota dari saya kepada diri saya sendiri. Fb saya ialah tempat saya mengulangkaji

Post asal Pok Nik

(Visited 179 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *