Okay remote sales team, secara definisinya, kita tahu la kan.

Sales team yg takde office, kerja dekat mana2, asal ada phone, ada internet, available, dan juga boleh buat kerja yakni kerja sales.

Fasa saya sekarang ni masih baru, dan juga masih mentah.

Perkongsian ini mainly untuk rakan-rakan yg mungkin berminat nak buat remote sales team juga. Saya cuba permudahkan dulu dari segi main points.

The backbone of the remote sales team adalah orang yang kita bakal hire itu sendiri.

Kerana, masalah utama dengan remote sales team ini delivering result dan juga monitoring.

Berbeza dengan office, walaupun takde kerja, staff tu mungkin duduk je dekat situ, tak gerak ke mana-mana Mungkin nampak busy, tapi tak busy (itu saya, dekat office saya macam tu ahha)

Dengan remote sales team, dari segi monitoring secara perilaku ni, kita (manager or head) tidak ada mechanism untuk kita pantau.

Tidak ada rules yg cakap dia ni sekian2, tak boleh gerak kemana-mana.

Tidak ada. Almost non-existent unless you’re micromanaging them but let’s not go into that.

Berbalik kepada “orang yang bakal kita hire”

Now, remote sales team adalah benda yang susah nak execute kalau kita hire atau menjemput orang yg salah.

Sebab, mechanism pemantuan kita bukanlah dari segi, berapa lama dia duduk di atas kerusi, berapa lama dia call customer, tidak.

Mechanism pemantuan akan menjadi data-driven, result oriented.

So macam mana data-driven dan result oriented ni dapat bantu pantau team kita?

Ada beberapa metric yang saya guna.

[1] Average Order Value

[2] Cost per Order (based on sales, commision, number of order)

[3] Closing rate

[4] Average lead per month

[5] Sales amount (new, repeat)

5 metric ini membawa petanda yang berbeza-beza. Tapi dengan 5 ini kita boleh hire fast, fire fast.

In and out, very very quickly.

Sebab data ada.

So tak kisahlah jika ada anak 4, anak 2, single, married, bekerja, atau tidak bekerja, 5 metric ini boleh define sama ada remote sales team kita ini ada potential atau tidak.

Dari segi hiring, hiring process yang saya buat agak pelik.

Untuk remote sales team, ability to write well menjadi sangat crucial. Ability to present something which is complex, jadi sangat penting.

Kenapa?

Sebab timing antara team adalah berbeza-beza.

So kalau you nak cakap something, ada issue, atau highlight thing yang sangat penting, cara penulisan juga akan berbeza.

Ini penting supaya cerita atau point yang nak disampaikan itu, penting.

Jika penulisan yang bagus, kebiasannya, insyAllah, dia akan okay.

Ada yang petah bercakap, tapi menulis, tidak berapa bagus, out.

Ada yang pandai menulis, tak petah bercakap, jika modus operandi kita memang close WhatsApp je, benda ni boleh dimaafkan.

Boleh bercakap dengan baik atau tidak, benda ini berkait rapat dengan product knowledge.

Tone atau nada suara tu, boleh di ajar, boleh diperbaiki.

Sebab boleh instant feedback.

Tapi bila menulis ni, jadi susah sikit. So bagi saya, ini memang penting.

Ini adalah first stage.

Ada lagi 3 stage, tak larat nak taip dah haha.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini, nanti saya cuba tulis lagi pasal remote sales team ni.

Siapa2 yg ada remote sales team juga, tegur2 sikit supaya saya pon boleh follow and belajar 🙂

(Visited 76 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *