Sebelum saya explain lebih lanjut kepada anda apakah Facebook Pixel dan macam mana kita nak gunakan pixel untuk membuat retargetting FB Ads campaign kita, mari kita fahami dulu – apakah Facebook Pixel?

Definisi Facebook pixel adalah:

The Facebook pixel is an analytics tool that helps you measure the effectiveness of your advertising. You can use the Facebook pixel to understand the actions people are taking on your website and reach audiences you care about.

Dengan bahasa mudah – Facebook Pixel adalah salah satu tool untuk membantu kita menentukan kebersanan sesuatu kempen iklan. Ia juga mampu membantu kita memahami tingkah laku visitor pada website kita.

Dari segi aspek kebersanan sesuatu kempen iklan – kita kena sedar bahawa kebanyakan online sales berlaku di dalam talian (online) dan bukannya manual closing sale seperti yang berlaku pada market Malaysia atau online local seller kita.

Untuk sales atau purchase berlaku di dalam talian, website tersebut mestilah mampu untuk menerima order dan bayaran. Dengan kata lain – eCommerce.

Regardless of the definition, walaupun online local seller tidak menggunakan eCommerce, anda boleh juga manfaatkan Facebook Pixel ini untuk retargetting.

Contohnya ada prospek yang melawat web anda dan membaca artikel-artikel yang ada pada web anda. Dengan menggunakan Facebook Pixel, anda boleh menghantar banyak lagi content kepada visitor website anda di Facebook.

Sama seperti yang berlaku apabila anda melawati Lazada – tengah tengok certain products, tiba-tiba anda akan di”sajikan” dengan iklan-iklan produk yang sama jenis di Facebook oleh Lazada.

Ini adalah contoh retargetting.

Contoh yang real. Saya pergi dekat Lazada dan search “washing machine” pada pukul 8.05 AM.

Scroll Facebook – pada pukul 8.06 AM. Terus dapat ads.

 

So ini lah kuasa Pixel. Dan anda boleh menghantui prospek anda dengan iklan anda sepanjang tahun!

Jelas setakat ini?

Retargetting

Dengan kata mudah, retargetting menggunakan pixel ni kita hantar semula segala iklan kita kepada web visitor.

Saya kata web visitor sebab mungkin visitor anda ni buka homepage, then exit. Atau dia buka blog, then interact lagi dengan beberapa page, then exit.

Mungkin juga yang view page produk kita. So secara logiknya, yang view produk kita ni, mungkin berminat.. dan mungkin juga tidak.

Berminat atau tidak – itu tidak ada masalah. Bergantung kepada tahap awareness prospek itu sendiri dan tahap keperluan prospek (web visitor) itu terhadap produk kita.

Credit kepada wvo.com

Di dalam gambar ini adalah contoh retargetting yang bakal kita buat. Bila kita retarget ads kepada mereka, kemungkinan besar mereka akan kembali kalau iklan anda itu berjaya menarik minat.

Tidak semestinya iklan produk – kalau anda nak fokus kepada awareness juga anda boleh buat begini.

Sebagai contoh, anda ada web atau landing page mengenai thermometer bayi.

Sebelum anda terus menjual kepada setiap visitor anda ini, mungkin anda ingin bercerita atau share fakta mengenai demam bayi misalnya.

Sebgai contoh:

  1. Content #1 : Tanda-tanda Bayi Demam
  2. Content #2 : Kesan Demam Berlarutan Terhadap Bayi
  3. Content #3 : Tips-Tips Untuk Mengawal Suhu Badan Bayi Ketika Demam

Pada Content #3, secara halus, kita mungkin boleh share tips untuk kawal suhu menggunakan thermometer. Maksudnya, constantly monitor suhu bayi setiap 4-6 jam misalnya.

So setiap visitor kepada web anda ni, anda boleh retarget dengan iklan anda semula.

Jelas?

Salah satu kebaikan yang anda boleh buat menggunakan pixel adalah..

Jika visitor melawat Content #1 DAN Content #2 dan Content #3, create Custom Audience (CA)

So CA yang melawat ketiga-tiga content ini sepatutnya dah sedar akan tanda bayi demam, kesan nya, dan tips untuk kawal.

Keberangkalian, jika anda selitkan dengan iklan thermometer anda, mungkin iklan anda menjadi lebih efektif.

Saya cakap mungkin sebab ada banyak faktor yang mempengaruhi.

 

Credit kepada sendlane.com

Dari dulu sampai sekarang, saya memang berpegang kepada content marketing. Di mana banyak penerangan yang saya terjemahkan kepada beberapa blog post then saya buat ads – campaign traffic dan drive visitor kepada content-content yang saya buat.

Di samping itu, retargetting saya juga bermula dengan menghantar iklan-iklan seperti success story, cara guna, FAQ dan sebagainya. Ini adalah part of TOP OF THE FUNNEL (TOFU) yang lebih fokus kepada brand exposure, awareness dan juga untuk spark interest.

At the end of the day, ia memudahkan dan membantu semasa proses closing.

Credit kepada The James Agency

Jelas setakat ini? Itu sedikit sebanyak flow macam mana kita boleh menggunakan Pixel untuk tujuan retargetting ni.

Kalau anda masih baca sampai sini..

Cara Untuk Create Custom Audience Menggunakan Pixel

Terus sahaja pergi kepada Business Manager > Audience atau click pada link ni https://business.facebook.com/asset-library/audience.

#1 Klik Create Audience. Pilih Custom Audience

#2 Klik Website Traffic

#3 Setting Custom Audience Pixel accordingly.

 

Untuk create Custom Audience menggunakan Pixel, anda mempunya flexibility yang sangat tinggi. Contohnya:

  1. All website visitor
  2. People who visited specific web page
  3. Visitor by time spent
  4. Events

Anda boleh set kan groupkan Custom Audience ini berdasarkan tarikh seperti 30 hari yang sebelumnya sehinggalah setahun. Lama kan? Macam mana nak decide berapa lama? Nanti kita cerita. Kita teruskan dulu.

All website visitor : Merujuk kepada semua pelawat yang melawat web anda

People who visited specific web page : Pelawat yang melawat page tertentu. Contohya anda ada satu page “Testimoni” dan anda ingin target orang yang view page ini. Secara logiknya, prospek yang melawat page ini ingin tahu jika anda success story. Oleh itu, kemungkinan besar mereka sudah berminat.

 

 

Contohynya anda ingin target semula prospek yang melawat page yang mempunyai URL “jeragat”. Kita namakan prospek ini namanya Sakinah. Ok?

Related image

Credit kepada Izzah Said.

So Sakinah ni nampak iklan anda di Facebook, then click kepada link tersebut yang terus bawa dia kepada landing page yang menceritakan tentang produk rawat jeragat. Kita telah design website kita secara stackable di mana kita mengukur interest pengguna berdasarkan berapa “dalam” mereka klik di web kita.

Contohnya : Landing Page (1) > Testimoni (2) > Cara Pakai (3) > Order Page ( Depth page : 4 )

Secara logiknya, kalau Sakinah dah klik sampai page Cara Pakai (3), ini sudah menunjukkan bahawa dia berminat untuk tahu cara pakai.

 

Susunan begini anda boleh buat seperti gambar di atas.

Dimana saya mahu create Custom Audience yang melawat 3 page tersebut sepanjang 30 hari yang lepas.

Jika anda retarget prospek yang membuka landing page dan tidak berinteraksi lagi dengan mana-mana page, anda mempunyai high chances untuk convert prospek seperti Sakinah yang telah melawat page testimoni dan cara pakai.

Facebook post dekat atas ni saya ada explain tentang simple strategi menggunakan Pixel. OK?

Visitor by time spent : Time spent adalah satu indicator yang bagus untuk menentukan samada prospek kita tu baca, skim mahupun tersalah click. Contohya kita buat landing page, ada text, gambar cantik2. Kalau kita tengok pada Google Analytics (rujuk post ni) dan time spent rendah, bawah 10s dan bounce rate atas pada 80%, ni sah-sah content yang diberikan tidak sesuai dengan visitor.

So kalau kita target visitor yang spent contohnya 2 minit ke atas di page kita, tentu dia membaca dan berminat untuk tahu lebih lanjut.

So ini adalah option juga untuk kita retarget.

Events : Events ni lebih sesuai untuk eCommerce. Di mana event seperti Add to Cart, Checkout, Search dan sebagainya. Kita boleh retarget prospek yang Add To Cart dan membawa beliau kembali kepada page kita ataupun hantar banyak lagi content untuk convert mereka.

Contoh seperti gambar di bawah ini.

Image result for retargeting add to cart

Credit kepada Shopify

Contoh lain adalah seperti berikut:

 

Image result for retargeting add to cart

Credit kepada G/O Digital

Guess what? Ini la salah satu pengiklanan yang dibuat oleh Lazada, 11street, Shopee etc.

Ok?

So far kita dah cover banyak aspek dari segi pixel, targetting dan sedikit sebanyak pasal funnel dan position pixel ni dekat mana.

Next saya akan tunjuk cara untuk buat iklan dan guna semula Custom Audience berdasarkan pixel tadi. Once saya dah ada masa, saya akan tulis.

Oh ya. Jangan lupa untuk subscribe kepada blog saya ni dan follow saya di Facebok! Click disini.

(Visited 851 times, 4 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *