Soalan : I want to set my FB Ads to specific times in a day (eg off during off working hours).

One way to do this is using lifetime budget.

Problem with lifetime is the budget is not spread equally each day.

Sometimes 3/4 budget is finished in just 2 days. Is there any other way? Thanks.-

AFIF

Untuk scheduling, memang kita hanya boleh guna pada lifetime budget sahaja. Daily budget takde features untuk scheduling ni.

Credit : adstage.io

 

Tapi saya tak faham macam mana budget 3/4 boleh habis in two days? Berapa period campaign tu?

Betul – lifetime budget is not spread equally every day sebab memang itu features lifetime budget.

LIFETIME BUDGET

You guna lifetime budget bila nak run campaign lama – 2-3 months. Bila you guna lifetime budget untuk 2-3 months ni, Facebook know that your audience akan aktif on certain days.

At least , this is what I did.

I tayang gambar few products. Letak lifetime budget RM1500 and let it run for 3 months.

For example, on the first two days of the campaign, masa learning period Facebook akan survey dulu your audience – probably time ni ads spent rendah je.

Then on the third day, selepas dah ada data, Facebook akan spend more compare to the first two days sebab Facebook AI knows, sebab dah survey audience tu, the likelihood to achieve your objective tu tunggi on the next day.

Semakin lama you guna lifetime budget ni, Facebook akan dapat data for that particular pattern. They know which day yang okay which day yang tak okay.

Kalau lifetime budget ni divide by the numbers of day, lets’say RM300 untuk sebulan bersamaan RM10/day.

Day 1 : RM10
Day 2 : RM10
Day 3 : RM30

Day 4 : RM10
Day 5 : RM8

etc .

But you wont exceed your lifetime budget

Ini contoh data Lifetime Budget yang saya ada

Kalau perasan, ada yang spend RM17, RM17. Tiba2, on 16 Nov, Facebook spend RM3 je. Almost 82% reduction.

Reason? Mungkin tak banyak opportunity on that day.

But if you’re using RM17 untuk Daily Budget, hari yang tak perform pon they will spend + – 25% from daily budget. Rugi ke kalau spent more on non performing days? Yes, maybe.

But the best part lifetime budget ni adalah scheduling.

Once you ada data, you can decide if you nak buat scheduling atau tidak.

Boleh refer dekat sini untuk penerangan yang lebih lanjut.

https://afifrus.com/adakah-perlu-off-ads-bila-malam-menjelma/

DAILY BUDGET

Daily budget adalah satu budget yang kita tetapkan untuk Facebook spend setiap hari sehingga habis waktu campaign. Kalau kita set RM10, Facebook ada mengatakan, mereka mungkin akan spend +- 25% bergantung kepada opportunities yang available.

At the end, dia akan average dekat RM10 jugak per day.

Boleh refer gambar dekat bawah.

 

Bagi saya personally, daily budget memang best untuk scale. Apa kata rakan-rakan yang lain?

Naim Mustafa – Otai Borong China:

Alimuddin Zafrullah – Digital Jedi Marketing

Zulkifli Ab – Bomstart

Ramai yang mengatakan yang Daily Budget adalah pilihan mereka. Kerana mereka monitor lead every single day. Senang nak manage and monitor. Dan saya bersetuju.

Dari segi budgetting, dalam kepala saya lebih mudah untuk saya setting Ads Set saya per day. Kalau saya nak scale, usually saya akan scale 20%-30% dari budget asal.

Contoh, saya run Ads RM30/day. Result cantik. Cost Per Comment bawah RM5. Lagi murah lagi bagus la kan.

Saya akan duplicate ads set then increase budget adsset yang baru kepada RM40/day. Kalau result cantik lagi, saya akan increase lagi dalam range 20%-30%. Saya akan monitor begitu.

So saya maintain winning adsset, then duplicate and increase budget.

Saya akan teruskan naik budget ikut kesusaian dan capacity closing (depending on your KPI)

Bab-bab scheduling ni sebenarnya saya tak kisah sangat sebab kalau dia comment pon, saya dah pakai ManyChat untuk auto-PM. Ni juga salah satu inisiatif saya untuk filter prospek. Kalau dia reply, then saya take over.

 

AUTOMATED RULE

Since kita pakai Daily Budget, kita juga boleh buat Rule sebenarnya. Rule ni macam Stop-loss. Kalau main Forex tau la. Hehe.

Lifetime pon boleh tapi mudah nak monitor daily.

So Stop-Loss ni macam prevent kita from losing money. Kita set rule, kalau dia hit, dia auto stop.

Contohnya, kalau CPM hit RM30 atau CTR < 9%, ads stop.

 

Apa rule ni buat adalah kalau CPM saya lebih dari RM30 average dari 3 hari, turn off all ads set.  Then, Facebook akan hantar email kepada anda yang rule ini telah di execute.

So rule begini membuatkan anda tenang dan boleh tidur dengan aman. Saya tak check lead hari-hari. Mungkin 3-4 hari sekali je selepas saya yakin yang ads tu dah cantik.

Otherwise, saya akan set Rule run everyday, CTR < 6%, turn off ads set.

Anda boleh set rule anda bergantung kepada KPI masing2.

CONCLUSION

#1 Guna lifetime budget untuk split test. Target yang anda nak spent berapa ringgit untuk setiap ads set. Contoh ada 5 split test, mulakan dengan RM10 selama 5 hari untuk 5 campaign.

Once dah ada data, tentukan yang mana winning ads set dan element winning ads set tu. Pada masa ni, campaign is now completed then ads tu dah tak jalan dah.

Ads Set 1-5

#2 Once dah ada winning ads set, duplicate winning ads set then yang ads set yang baru tu tukar kepada daily budget dengan 50% increase dulu. So dari RM10 kepada RM15.

Ads Set 6

#3 Once kita dah verify ads set  yang #6 cantik, kita duplicate lagi skali kepada Ads Set yang  ke-7 dengan 100% increase budget. So dari RM15 tadi kepada RM30.

Pada masa ni, anda ada 2 winning Ads Set, Ads Set #6 dan #7.

#4 Bergantung kepada capacity, check KPI, check lead, check CTR, check semua benda. Once dah okay, gradually increase budget Ads Set #7  kepada 20% – 30%. Dari RM30 kepada RM40.

Let it run for few days. Then ulang #4 sampailah anda reach capacity per day anda.

Leceh?

Yes, leceh. But ini adalah cara selamat.

Kena ingat, apa2 setting yang kita tukar, kita telah force new learning on the Fb Algo. Fb kena kaji balik audience.

So kalau nak tukar any setting, tukar hanya 1 jenis setting sahaja at one time. Jangan kacau winning ads set.

Duplicate then jahanamkan yang baru tu.

Jangan jadi macam tikus baiki labu sudah.

Oh well, itu sahaja perkongsian saya kali ini.

Harap bermanfaat.

P/S : Sila subscribe blog saya! Boleh follow saya di Facebook kalau tak nak terlepas segala perkongsian saya. KLIK SINI

(Visited 655 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *