Untuk setup FIA tidak lah susah pun. Kadang-kadang, kita overwhelm dengan step yang diberikan. So saya akan breakdown steps tersebut supaya anda dapat faham dengan mudah.

Syarat pertama untuk anda setup FIA ni adalah anda haruslah mempunya website atau pun blog. Ini kerana FIA akan pull post anda menggunakan RSS atau pun feed.

Step Breakdown Untuk Facebook Instant Article

  1. Mempunyai website atau blog
  2. Mempunya Facebook Page
  3. Sign Up untuk Facebook Instant Article

 

 

Saya tidak akan mengulas lanjut tentang step 1 dan 2. Hanya akan fokus kepada step 3.

Initial Setup Untuk Facebook Instant Article

Setup Access Team Roles di Facebook Page

Jika anda mempunyai sebuah team untuk membantu anda post sebarang article, sila berikan access kepada mereka.

Pergi ke Page Setting > Page Role

Editor sudah memadai. Tidak semestinya Admin.

Berikan Access Kepada Facebook di Website/Blog

Access ini adalah untuk Facebook access website/blog supaya Facebook mengenali website/blog anda yang sahih.

Jika anda menggunakan WordPress, anda boleh menggunakan LH Instant Article yang sangat mudah. Hanya masukkan Page ID anda dan copy Feed URL untuk langkah seterusnya.

Boleh search melalui Plugin untuk install LH Instant Article ataupun download di sini.

Dapatkan Page ID anda dan masukkan Page ID anda di LH Instant Article setting.

 

Save Changes dan anda perlu isi URL website anda di FIA setting untuk melengkap langkah ini dan klik Claim URL.

Ini membuktikan anda mempunyai access penuh terhadap website/blog anda.

Setup Production Articles

Ini bermaksud segala post anda di website/blog akan dijadikan Instant Aricles secara automatik sekiranya anda mematuhi segala formatting dan syarat yang ditetapkan.

Anda juga memerlukan sekurang-kurangnya 5 Production Article sebelum anda “Submit for Review”

Pihak Facebook akan review request anda dalam 3-5 working days. Jika approve, article baru anda di blog/website akan di ambil oleh Facebook secara automatik untuk menjadikan ia sebagai Instant Article.

Tahniah saya ucapkan!

Saya tidak akan menyentuh topik seperti Article Styling atau Audience Network untuk kali ini.

Article styling ini untuk mengubah style atau rupa article anda apabila ia dipaparkan di Mobile.

Audience Network pula ibarat Adsense. Anda memberi peluang kepada Facebook untuk menempatkan iklan di dalam article anda dan anda berpeluang untuk mendapat imbuhan daripada Audience Network ini!

Semak Instant Article di Aplikasi Facebook Page Manager

Jika anda ingin menyemak FIA anda, bolehlah menggunakan aplikasi Facebook Page Manager (iOS, Android) dan pergi ke Publishing Tool.

Di situ, anda akan dapat preview FIA anda. Kebiasaannya, jika terdapat sebarang masalah, formatting atau styling article anda di “render” dengan tidak betul.

Apabila ini terjadi, peluang untuk article tersebut di approve untuk menjadi Instant Article juga sangat rendah.

Delete Instant Article anda di Publishing Tools dan  baiki format article anda terlebih dahulu.

Apa pendapat anda tentang Instant Article? Adakah anda teruja apabila page yang anda minati menggunakan Instant Article dan ia memudahan anda untuk membaca article mereka dengan cepat dan mudah?

Subscribe kepada mailing list supaya anda tidak terlepas segala tips-tips premium yang penting mengenai Facebook, eCommerce dan Marketing.

(Visited 364 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *