Jika anda menggunakan Instagram sebagai platform untuk business anda, anda sedar akan pentingnya keselamatan akaun Instagram anda. Betul? Instgram ni ibarat nadi kepada sesetengah business yang saya tahu.

Saya juga  menggunakan Instagram sebagai platform utama untuk business saya. Pernah terjadi terhadap rakan-rakan business saya yang Instagram mereka mempunai follower sehingga 100k hilang, lesap begitu sahaja.

Ada juga cubaan akaun Instagram digodam dan apabila search profile mereka, follower dan following count macam di reset. Kosong. Takde ape.

Semua orang tahu untuk kumpulkan follower begitu ramai tambahan lagi tidak menggunakan sebarang bot atau automasi teramatlah susah. Tambahan pula yang Instagam reach yang sangat rendah berbanding tahun sebelum 2017.

Berikut adalah tips keselamatan yang saya sendiri guna untuk memastikan keselamatan akaun Instagram business saya.

 

Guna Email Khusus Untuk Instagram

Kebiasaannya kita sering menggunakan satu email akaun untuk pelbagai account. Boleh saya katakan, satu account ni kita guna untuk Instagram, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi. Apa akan terjadi jika salah satu email kita akau ni digodam?

Hampir semua social media kita akan terjejas jugak. Setuju? Email anda ibarat foot print. Jika anda menggunakannya di banyak tempat, semakin mudah untuk ia dijumpai. Dah keberangkalian untuk anda menggunakan email akaun yang sama untuk akaun internet yang lain juga tinggi.

Email khusus untuk Instagram ibarat paranoid. Ya – paranoid. Tapi ini lah jalan terbaik untuk elakkan Instagram anda dari di godam.

Email ini tidak akan digunakan di mana-mana tempat lain dan hanya khusus untuk Instagram. Password juga berbeza dari akaun yang lain.

Berikut adalah langkah yang anda boleh lakukan untuk menukar email Instagram anda.

 

#1 Create gmail account baru – Guna gmail dan buat backup email menggunakan email utama anda

#2 Klik pada Edit Profile

 

 

#3 Tukar email address yang sedia ada kepada email baru anda. Instagram akan hantar email confirmation kepada email baru anda. Akan ada delay dalam 5-10 minutes. Jika anda tak dapat email tersebut, klik CONFIRM. Instagram akan hantar sekali lagi email kepada anda.

 

#4 Klik “Confirm email address”. Siap. Itu sahaja.

Aktifkan 2-Factor Authentication

Apakah 2-Factor authentication ni?

Two Factor Authentication, also known as 2FA, two step verification or TFA (as an acronym), is an extra layer of security that is known as “multi factor authentication” that requires not only a password and username but also something that only, and only, that user has on them, i.e. a piece of information only they should know or have immediately to hand – such as a physical token.

 

Untuk Instagram, 2-Factor authentication merujuk kepada KOD yang dihantar melalui SMS kepada handphone anda. Setelah anda berjaya login ke Instagram menggunakan username dan password anda, anda dikehendaki untuk memasukkan KOD yang dihantar. Jika KOD ini salah, anda tidak akan berjaya untuk login.

Impaknya, walaupun Instagram anda digodam, oleh kerana 2-factor authentication ini diaktifkan, penggodam tidak ada access kepada phone anda untuk dapatkan SMS tersebut.

Ibarat pintu keselematan 2 lapis.

Cara untuk aktifkannya agak mudah.

 

#1 Pergi kepada Two Factor authenticatation

 

#2 Aktifkan “require security code” dan klik juga Get Backup Codes untuk emergency

Itu sahaja. Amat mudah.

Kesimpulannya, jika Instagram adalah nadi business anda, sila jaga dengan betul-betul. Tips di atas mampu untuk membantu Instagram anda dari di godam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Boleh follow saya di Facebook untuk tidak lepaskan post-post premium seperti ini.

 

(Visited 422 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *