WooCommerce adalah salah satu eCommerce platform seperti Magento, Prestashop, OpenCart dan lain-lain. Dengan kata ringkas, ia adalah salah satu plugin yang dibangunkan oleh independent developer (WooThemes) untuk digunakan bersama-bersama WordPress.

Ramai yang beranggapan WordPress hanyalah satu Content Management System (CMS) sama seperti Blogspot. Ternyata ini tidaklah tepat.

WordPress adalah satu CMS yang mempunyai ribuan plugin yang boleh diguna pakai. Sebut sahaja apa yang anda ingin gunakan, pasti akan ada plugin tersebut. Salah satu plugin ini adalah WooCommerce.

Mengikut statistik 2016, WooCommerce menguasai 26.5% market share eCommerce platform dibelakang Magento 29.1%

Dengan market share yang begitu besar, ia bermaksud anda mempunya segala resources yang diperlukan untuk membangunkan “kedai online” anda.

Apakah Kelebihan WooCommerce Berbanding Platform Lain?

1. Percuma

Ya, tepat skali. WooCommerce adalah salah satu eCommerce platform yang terbaik di pasaran dan percuma. Setiap update diberikan secara percuma.

Namun, mungkin sesetengah plugin yang anda perlukan adalah berbayar. Plugin ini dibangunkan oleh independent developer dan bukannya dari WooCommerce team sendiri.

2. Flexibility

Salah satu fungsi yang amat dihargai jika anda menjual produk yang mempunyai pelbagai variasi seperti baju yang mempunya pelbagai size (variation), anda boleh create variasi ini dengan mudah.

 

 

Salah satu contoh variasi stroller yang mempunya pelbagai warna.

Ia juga compatible dengan beberapa payment gateway yang ada di Malaysia seperti MOL PAY, iPay88, Senangpay dan lain-lain lagi.

3. User Friendly

Navigasi menggunakan WooCommerce adalah sangat mudah. Anda tidak perlu menghadiri intensive class untuk memahami bagaimana WooCommerce dapat membantu anda. Cukup dengan meluangkan masa selama 2-3 jam dan anda akan mula memahami WooCommerce

Cara mudah untuk update stock atau produk di WooCommerce

 

Overview order di WooCommerce

4. Lebih dari eCommerce Platform

 

Blog posts

 

Kerana anda mempunyai flexibility untuk menyediakan blog, landing pages, contact form dan juga website yang penuh dan lengkap. Tidak perlu menggunakan beberapa platform berasingan.

5. SEO

Oleh kerana WooCommerce adalah salah satu plugin kepada CMS platform yang  mempunyai rangka SEO yang terbaik, kedai online juga dapat manfaat daripadanya. Anda boleh menggunakan plugin seperti Yoast SEO untuk menambah struktur SEO anda.

Adakah anda mempunyai online business dan tidak mempunyai apa-apa eCommerce platform hingga kini? Apakah pendapat anda tentang WooCommerce? Kongsi pendapat anda di ruangan komen 🙂

Jika anda memerlukan consultation tentang eCommerce, boleh email terus kepada [email protected]

(Visited 353 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *