Post sebelum ini saya bercerita mengenai konsep retargeting menggunakan Pixel. Anda boleh merangka kempen pemasaran anda dan target semula web visitor anda yang terdahulu sehingga 365 hari sebelumnya. Boleh rujuk post ini.

Kali ini saya nak tunjuk cara nak pastikan Pixel berfungsi dengan mudah (setelah anda masukkan code Pixel tracking di website anda)

#1 Install Pixel Helper – untuk Chrome sahaja. Boleh download disini.

 

#2 Click Add to Chrome – Button Hijau

#3 Untuk test jika Pixel anda berjaya atau tidak, pergi ke web anda atau mana-mana website. Jika ada Pixel yang “ditanam”, maka Pixel Helper akan tunjuk. Contohnya di Lazada.

That’s it. Siap. Kita masuk bahagian teknikal sikit. Baca data yang di send oleh Pixel kepada Facebook.

Page View

Kalau anda perasan, di bawah Pixel ID – ada 3 perkara yang tick warna hijau. Page view, All Pages, Microdata.

Page View : Page view as the name goes by, jika anda buka mana2 page, dia akan parse Page View data. Then track, page mana anda tengah lihat sekarang.

URL Called : Apabila kita bukak Page yang ada pixel, URL called terus rujuk kepada Facebook dan Tracking nya adalah Lazada.

Pixel Code : Code apa yang yang trigger. Kalau dekat sini, Page View. Ini based on events. List of events boleh refer dekat sini. Ada 9 standard events.

Category View

Kalau kita bukak product category, apa yang Pixel akan track?

ViewCategory, Catalog Page, Microdata

View Category:

Terus saja keluar Matches Products. ID panjang2 tu merujuk kepada maybe merujuk kepada Products dalam Catalog untuk Dynamic Ads. Baca sini kalau nak lebih info.

Dengan kata mudah, bukak category beg wanita, nanti dekat FB, keluar la ads beg tu.

Catalog Page:

Internal Search Term : Women Handbag – merujuk kepada page category yang kita tengah bukak tu.

Pixel Code : Simple – catalog page

Product Page

So yang track  adalah Product Pages, ViewContent dan Micrdata

Product Pages & View Content

Pixel hantar kepada Facebook:

  • Category ID
  • Brand
  • Transaction cound (mungkin merujuk kepada berapa ramai orang beli)
  • Product Type
  • SKU
  • Last Purchase Date (Tarikh last orang beli – tapi tak pasti jika ini accurate. Saya test beberapa product dan refer review, macam betul)
  • Value (tak pasti kenapa 0.00 – mungkin masa checkout baru dia keluar)
  • Currency (USD? Mungkin Lazada track segala purchase in USD dan mungkin juga, masa Checkout baru value dan currency reflect the real thing)

Kenapa banyak bebenor Pixel hantar data kepada Facebook – lagi banyak data yang di hantar, lagi tepat lah segala tracking yang dapat di buat. Dan marketer boleh guna data ini seadanya. Kita juga boleh guna untuk customer segmentation.

Boleh refer disini untuk customer segmentation mengguna web custom audience.

Sebagai contoh, ini audience segment yang kita boleh buat:

Jelas setakat ini? Untuk Dyanmic Ads, boleh refer disini.

Next belajar cara baca data yang diterima oleh Facebook.

All right guys. As usual, follow je saya terus di Facebook kalau berminat untuk dapatkan ilmu-ilmu macam ni. Saya share je terus xde udang di sebalik batu. Haha.

Klik sini untuk Follow.

 

Kalau ada apa-apa soalan, boleh komen terus disini ye 🙂

(Visited 71 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *