Sebenarnya saya patut share pasal WordPress/Woo tapi terdetik di hati, apa jadi dengan aku punya iklan ye tempoh hari?

So I think ramai yang terkesan bila Facebook buat sudden change dengan Newsfeed. As usual, saya pon tidak terkecuali. Saya first perasan masa rakan-rakan Facebook yang saya hormati, Aziz MK share di wall beliau.

Raja Kamil

Dan juga lead saya sendiri agak rendah pada minggu pertama dan kedua March. Saya notice apabila partner closing saya tanya “Afif, tak run ads ke?”

So now kita tengok semula data-data yang saya ada sebelum ni, at this hour, now dah macam stabilize semula setelah hampir 10-12 hari iklan tak perform.

Tak perform ni depends kepada metrik iklan masing-masing.

In general, kalau kita lancarkan iklan baru (campaign baru, addset baru, or maybe ads baru) pada ketika algo tak betul ni, dia punya impact dia adalah immediate. CPM terus naik almost 2.5x ganda dari average CPM yang biasa kita hadapi.

Untuk iklan yang telah di lancarkan beberapa hari sebelum itu, atau iklan yang orang kita “winning ads”, impact tetap kena. Tetapi tidak seteruk bila kita lancar iklan baru. So saya kaji data saya, inilah hasilnya.

 

FB Algo Impact

 

*data ni dah di average kan. Ada winning adset, ada losing adset juga untuk bulan March 2018.

*blue line : Lead (comment)

*yellow line : Cost Per Lead (cost per comment)

Kalau tengok post-post rakan FB yang saya quote di atas, rata-rata mula nampak perubahan pada Newsfeed somewhere around 7-March-2018.

Berdasarkan data yang saya ada, perubahan dah mula nampak pada 5-March-2018. Tengok kawasan kotak yang saya lukis.

Pada awal March, data dari lead dan cost per lead masih hampir sama. Tak nampak sangat jurang perbezaan dia.

Masuk sahaja 5-March-2018, separation of the two lines become larger. Data dah start tak betul. Tambah pula saya cuba recover lead yang saya hilang, saya lancarkan Adset baru, CPM terus naik 2.5x dari biasa.

Average CPM over March campaign adalah RM16. New adset ni almost RM40.

Adset baru launch

Kalau nak ikutkan, ini data terburuk pernah saya hadapi. Spent almost RM116 comment cuma ada 1 sahaja. Fuh, pedih.

Tapi kalau saya tengok kembali adset yang dah perform sedia kala, impact nya tidak begitu ketara (dari segi CPM dan juga CPL). Ada spike tapi dia normalize semula.

Kalau kita tengok data dari 6 March, CPL RM7.28. Masuk 7 March, hilang semua lead. CPL RM62. 8 March, CPL turun semula. Then saya stop. Resume semula around March 15 dan saya biarkan sampai sekarang. Now CPL dah bawah RM8.

Kenapa saya turn on semula Adset kat atas ni?

Saya tau ini adalah winning adset saya selepas kita tengok Closing Rate / Lead. Saya hidupkan semula sebab saya nak recover lead yang saya loss.

Untuk kita kata FB algo dah okay atau tidak berdasarkan Indicator CPL ni mungkin susah untuk kita judge, tapi tengok dari segi changes in CPM.

Apabila CPM agak stable, maksudnya, FB dah jumpa kumpulan audience yang sesuai dengan budget yang sesuai. FB dah ada data auction yang perform. So walaupun algo berubah atau ada ketidak stabilan dalam ads auction, impact nya tak berapa ketara.

Berbanding dengan new adset yang saya launch, CPM terus naik hampir RM40. Reach rendah, frequency rendah. Kenapa? Itu adalah impact bila berlaku nya changes2 begini.

Apabila kita launch adset baru, Facebook akan perlukan sedikit masa untuk survey audience kita berdasarkan targeting yang kita buat. Malangnya, audience yang di survey ini adalah tidak betul. Menybabkan, prospek yang kita tak target (macam expats) tiba2 komen di page post kita.

Benda ni kita tak dapat nak kawal, nak predict pon tak boleh, tapi kita boleh observe bila ada data pattern yang tiba2 berubah.

 

Boleh Ke Kita Predict Algo – Ads Performance In Advance?

Just don’t walaupun sebenarnya ia depends jika kita memang ada team yang buat ads performance analysis, then by all mean. Go ahead. Crunch all the numbers.

Macam saya sendiri – agak lagging (lambat) juga untuk saya decide sesuatu ads itu perlu off atau tidak kalau kes-kes gini berlaku.

Benda2 analisis ni biasanya saya tak akan go through details macam kes ini – cukup sekadar tengok pattern sahaja.

Semasa kejadian early March ni, ada yang data yang saya ada, macam tiada impact langsung although dah ada rakan-rakan mula dok berkata yang “ads kelaut”.

Apa saya buat adalah saya akan analyze past month ads performance vs current ads performance. Saya akan kaji data dan cuba cari pattern untuk last 7 days, last 14 days dan juga last 30 days.

Perkara yang saya akan tengok:

  • Changes in reach untuk budget yg sama
  • Changes in CPM walaupun tidak ada apa2 perubahan adset
  • Changes in CPL

Menggunakan graf yg sama, saya akan tukar sedikit untuk memudahkan apa maksud saya tentang changes in CPL.

Berdasarkan data yang saya ada, standard deviation CPL saya untuk March adalah RM9. So hari-hari yang di anggap hampir dengan line merah, iaitu CPL RM9 itu boleh dianggap normal.

Secara mudah, bawah red line, “OK”. Atas dari red line, “tak OK” dan kalau ada spike, “abnormal”.

Sepatutnya pada March 8, saya patut dah detect yang benda ni akan terjadi. Sebab obviously, dah jatuh tahap “abnormal”.

Kenapa saya buat data analisis begini?

Untuk saya decide samada:

  • Launch new adset atau iklan
  • Tukar targeting (stop cari new customer, fokus kepada Custom Audience)
  • Restart winning adset atau iklan

Seems complicated?

Tak complicated. Tengok pattern dalam sejam dua. Crunch dalam 15 minit. Conclusion adalam 10 minit. Siap. Move on. Prepare gerak kerja.

After saya dah decide apa saya perlu buat, then saya buat tanpa tengok lagi benda ni dalam masa 2-3 minggu dan pernah xtengok data lain selain dari CPL lebih dari 2 bulan sebab dah tau apa nak buat.

Betul ke Algo Ni Memang Kacau – Atau Iklan Tak Cukup Emosi?

Ntah. Susah nak jawab ni.

Sebab emosi takde black and white. Algo, result ads, ada black and white.

Dari analisis saya, ada kaitan. Ads yang dah jalan cantik sebelum ni pon tiba2 tengok ada juga anomaly walaupun dia stable selepas “wavy period” tu.

Akan tetapi, algo adalah benda kita tak boleh kawal. Benda nak jadi, jadi. Tapi ia boleh mengelakkan anda rugi dengan banyak.

Seperti cubaan nak recover lead yang loss dengan naikkan budget sehingga 20-30x ganda dari budget asal, memang kelaut dalam lah jawabnya.

PRINCIPLES

Kesan dari “wild” facebook algorithm ni, berikut adalah garis panduan untuk diri saya dan mungkin juga rakan-rakan di masa hadapan.

Boleh validate dan stress test.

  1. Jika ada “ura2” algo problem, observe dulu impact spread. Tengok dekat Newsfeed (ada tak IM yang mention, atau tiba2 orang yang tidak pernah engage dengan kita, post dia naik dekat kita punya NF)
  2. Check ads performance – CPM, CPL, REACH. Breakdown by day
  3. Prepare standard deviation untuk ads performance dari awal campaign sehingga current date. Benchmark dan check for spike.
  4. Stop finding new customer – retargeting Custom Audience (awareness)
  5. Stop launching new ads sehingga kita confirm impact dari algo change sudah reda. Refer #3
  6. Jangan ubah apa-apa setting ads yang tengah berjalan
  7. Increase follow up activity more than usual.

Itu sahaja untuk kali ini.

Diingatkan, data analisis yang saya buat ini, open for interpretation. And I just do it for fun – nak cari sebab kenapa benda ni jadi – ada tak indicator dekat mana-mana yang saya terlepas pandang.

Adakah anda bersetuju denganĀ PRINCIPLES yang saya berikan jika wujud unsur algo problem?

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *