Kita serupa.

Siapa yang tak pernah meragui diri sendiri? Saya pernah. Berpuluh-puluh kali.

Setahun lalu setelah saya buat keputusan untuk menceburi bidang online business.

“Boleh ke aku jual ni? Tak pernah menjual pun”

“Macam mana nak mula? Nak mintak orang bukan diorang ajar pun”

“Modal xde. Macam mana? Duit pun cukup-cukup makan?”

Dan.. bermacam-macam lagi soalan yang ada di dalam kepala.

Saya bgtahu wife saya. Saya tahu dia akan support saya.

Saya cakap “Yg, abg nak nego (berniaga) ni. Nok jual barang baby”

Apa dia jawab “Okay bang. Nego la”

Pelik betul. Orang lelaki jual barang baby. Nak cakap macam mana?

Kalau saya boleh ulang semula setahun yang lalu. Self doubt ni amatlah besar.

Semua saya nak perfect. Makin hari fikir makin takut. Makin lama fikir, makin jauh saya dengan apa yang saya nak buat.

Last skali. Apa pun tak jadi.

1000 Kegagalan Saya Dah Nampak

Belum mula lagi saya dah fikir macam mana saya akan gagal. Lepas tu saya fikir wife saya senyum dekat saya tak berkata apa.

Pelbagai gambaran anda dalam kepala.

1000 kegagalan saya dah nampak. Tanpa memulakan apa-apa pun.

Dahsyat.

Orang yang kenal saya tahu saya ni jenis macam confident. Saya bersembang confident la.

Dalam hati? Wife saya tahu saya macam mana.

Allahurabbi.

Saya Nak Bina Satu Infrastruktur Keupayaan

Tapi saya nekad juga nak berubah. Nekad untuk keluar dari comfort zone.

Sebab apa?

Family. Keluarga. Anak saya. Ibu saya. Isteri saya.

Kaitannya apa?

Saya nak bina satu infrastruktur keupayaan saya yang pada satu masa, saya boleh ada bersama family saya.

Saya hanya boleh luangkan masa bersama mereka tak kira masa apabila saya dah betul-betul establish apa yang mampu support saya suatu hari nanti.

So saya decide nak berniaga. Online business.

Orang lain boleh buat. Saya boleh buat.

Kalau saya gagal? Apa susah.

Tutup. Dan saya akan bangkit kembali.

Nothing to lose.

Saya mulakan perjalanan saya sebagai online businessman. Jual barang baby.

Bermula Dengan Dropship

Xde modal besar. Saya dropship.

Saya email/WhatsApp lebih kurang 20 online baby shop minta ada sediakan dropship atau tidak.

Apa peraturan. Macam mana saya nak jadi dropshipper.

Ada lebih kurang 5 yang reply.

Tapi saya end up jadi dropshipper kepada 2 buah kedai.

Lalu saya mulakan bisness saya.

Saya buat website. Siang malam buat website. Tapi, krik krik

Tiada apa.

Rookie mistake.

Saya fikir buat website terus dapat sale.

Tapi saya silap. Saya tak tahu langsung tentang traffic.

Wife saya suruh saya buat IG.

Saya buat IG.

Gembira Untung RM7 hanya Allah Yang Tahu

Wife saya nampak saya bersungguh2. Dia nak tolong saya buat business.

Saya cakap boleh. Kena ada laptop ni nak edit2 gambar.

Pada masa ni tak tahu lagi edit pakai phone pon boleh. Apps banyak je.

Tapi saya tak tahu.

Lalu kami pergi ke Lowyat. Beli laptop Dell. Harga 2 ribu lebih.

Wife tolong edit gambar. Tolong buat caption.

Jual barang baby, post di IG.

Jual botol susu. Kerusi baby. Botol air baby.

Hari hari saya tanya wife. Bila nak dapat sale ni.

Macam tak ade orang berminat je.

Bayangkan. Hari hari saya tanya diri sendiri. Boleh ke ni. Macam xde hasil.

3 minggu kemudian. Saya dapat first sale saya. Jual botol air!

ALHAMDULILLAH!

Untung berapa?

RM7.

Allahurabbi.

Perasaan gembira rasa macam lepas dapat graduate degree.

Sangat-sangat gembira.

My first ever RM7 profit!

Masa tu saya dah fikir dah. Macam mana aku nak grow business.

Apa yang saya perlu tahu

Apa yang saya perlu buat

Siang malam. Almost 3 bulan saya tidur pukul 2AM-3AM. Setiap hari.

Baca sana. Baca sini. Kaji sana. Kaji sini.

Banyak self reflection saya buat.

Mula Nampak Sinar Harapan

Dan akhirnya. Lebih kurang 8 bulan setelah mula berniaga.

Total sales lebih kuran RM26000.

Walaupun sikit tetapi keyakinan mula timbul.

Saya bgtahu wife saya. Kalau aku kerja macam ni dapat RM20k, untuk capai RM100k, aku kena kerja 5x ganda lebih kuat.

Yes, 5 times more.

Dengan anak 2 orang. Dengan buat Masters lagi. Oncall kerja. Wife pon oncall. Banyak dugaan.

Tiada alasan. Saya dah set target dah.

Sampaikan masa wife saya oncall, saya bawak Sofia pergi ke courier centre sebab nak hantar barang customer.

Set Simple & Achievable Target

Pada awal tahun 2017, saya set target untuk dapatkan first RM100k pertama.

Target mudah. By 31/12/2017, total sales mesti RM100k. Sebulan, wajib RM10k minimum.

Alhamdulillah. Izin dan keberkatan-Nya, saya dah capai target saya pada July yang lalu. 5 bulan lebih awal dari yang saya target.

Siapa sangka. Saya yang dulunya ragu-ragu.

Came through this far.

And yes, RM100k is nothing compare to those millionaire out there.

But, it’s a small achievement that I made, together with my small family.

Believe in Yourself

If you believe you can do it. Just do it.

Buat je.

If those people who do not believe in you,  condemn you, do not waste your time to convince them.

Drop them. Discard them. Throw them away.

Surround yourself with people who believe in you. Who think that you have some great achievement that you haven’t yet achieve.

People who said “Bro, you’re good. You can do this. Go ahead”

If you have self-doubt, that’s fine.

I do

Your neighbour do.

Your cat do have self-doubt sometime. Trust me. They do.

We all do.

But what differentiate us apart is effort.

The time. The commitment. The good and bad. The dumb moment. The Ah-ha moment.

How much you’re willing to spend every single day to build something that you want for your future is depend on you

Yes, you have family. You have kids. You have work. Busy. Tak sempat.

But everybody else have the same 24 hours as you.

Why can’t you do what you want to do?

Why can’t you achieve what you want to achieve?

Just do it. Just do.

Thank you.

 

(Visited 220 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *