Salah seorang marketing guru, Jay Conrad Levinson ada memberitahu yang ads perlu dilihat sebanyak 27x oleh setiap individu sebelum ia menunjukkan kesan.
.
.
Kenapa?
 
Dalam sembilan ads yang kita buat, ada satu yang betul2 power. Dan yang power ni individu itu perlu lihat sebanyak 3x.
 
 
Now we’re talking about reach and frequency.
 
Dalam meta-analysis Facebook untuk research and frequency ada data begini.
 
Daripada kajian tersebut, jika ads dilihat hanya sekali, peratusan impact itu hanyalah 60%.
 
Akan tetapi, selepas weekly frequency hampir 2, ads recall adalah sebanyak 90%.
 
Lebih daripada 2 atau 3x, ia tidak lagi mendatangkan apa-apa kesan.
 
Ini dalam konteks ads yang sama berulang-ulang kali.
 
 
Ini juga menunjukkan kepentingan kepelbagaian ads yang kita perlu buat.
 
Ia juga bergantung kepada budget.
 
 
2 atau 3x ini sebenarnya untuk market yang natural.
 
Market yang orang dah tau atau kenal product tu, high market share, high demand etc.
 
Kalau product baru, market baru, brand baru, 2-3x ini tak akan mendatangkan kesan atau berikan impak yang tinggi.
 
 
Tetap kena spend masa, duit dan tenaga untuk rangka segala content ni.
 
Jangan harap picit button ads terus sale ribu-ribu. Jenuh juga.
 
Orang tunjuk result – result tu dah berjalan lama. Atau dah ada result2 sebelumnya.
 
Result cantik – kita terpegun.
 
Kita juga buat yang sama – tekan sana sini, buat sbiji-sbiji, tapi takde hasil.
 
Kita down.
 
Jangan macam tu abe adik kakok.
 
 
Perjalanan adalah masing2. Gagal atau berjaya pon masing2.
 
Tapi yang pasti, kita tetap kena teruskan effort marketing.
 
Buat la 30 copywriting. 3 hari 1 copywriting. Test test test.
 
Sampai la dapat tune.
 
Dah buat 30 copywriting ni slalunya segala flow of thought dah lancar dah.
 
Kita tak akan ada masalah.
 
Testimoni pon boleh jadi copywriting. Tapi jangan lah testimoni screenshot WhatsApp. Tanya betul2 – call and tanya customer.
 
 
Yang masalahnya buat sekali terus nak dapatkan sales gaya tidur atas parcel.
 
Sebab kita pernah nampak orang tunjuk gambar engagement dia ribu2 like ribu2 komen.
 
Ini adalah salah satu gambar tiada value dari segi kepada business owner.
 
Kalau marketer takpa, sebab itu KPI (lead, whatsapp etc)
 
Cuba tanya – dah berapa spend for the past 3 months secara purata dan berapa sales for the past 3 months?
 
 
Mungkin kalau kita dengar pon kita boleh terkejut.
 
Dah spend ribu-ribu. Patut lah result cantik.
 
Kita baru tekan RM300 terus nak result cantik. Boleh – sapa kata tak boleh. Tapi kena usaha.
 
 
Pernah spend almost 6k dok test sana sini. Result tak berapa cantik.
 
Tapi tetap teruskan juga.
 
Sebab saya yakin, pada suatu hari nanti, saya tetap akan belajar daripada segala journey saya ni.
 
 
Akhir kata, segala ajaran atau apa2 guidance yang diberi itu hanyalah sebagai penyuluh kepada kita.
 
Tapi kalau kita tak buat, kelaut juga.
 
 
Jangan takut untuk mencuba. Tapi takutlah kalau anda terlepas pengalaman yang begitu berharga semasa anda tengah blur, tak faham, buat pon tak jalan dan macam2 lagi.
 
Ini lah yang akan mengajar anda dan kita suatu hari nanti.
(Visited 42 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *