Dalam post sebelum ni, saya ada berkongsi mengenai Breakeven ROAS di mana dengan mudah, segala aktiviti pengiklanan kita ni, kita boleh tahu samada ianya menghasilkan keuntungan atau sebaliknya.
Breakeven ROAS adalah “black and white in a bigger picture”. Sekilas pandang, sudah tahu. Untung atau rugi. Begitulah saya guna Breakeven ROAS ni.
Bagaimana pula dengan Target ROAS?
Jika ROAS kita dah exceed Breakeven ROAS, bagus. Tapi bagus tu, bagus mana?
So di sini lah Target ROAS memainkan peranan.
Bagaimana kita nak tentukan target ROAS ni? Iainya berbalik kepada berapakan untung yang kita sasarkan (profit target) untuk setiap purchase. 10%? 20%?
Secara pribadi, saya bahagikan profit target ni kepada 3 peringkat:
- Low – 10%
- Medium – 20%
- High – 30%
Untuk low, saya sasarkan sebanyak 10% profit, medium sebanyak 20% dan high sebanyak 30%. Peratusan ini dikira dari satu jualan produk.
Contohnya kita ada produk sejadah yang dipasarkan dengan harga RM100. Kos untuk menghasilkan sejada pulak adalah sebanyak RM25. Oleh itu, keuntungan kasar kita adalah RM75 atau 75% margin.
Jika kita ingin tentukan breakeven ROAS, maka 1/.075 = 1.33.
Oleh kerana keuntungan kasar kita adalah RM75, jika kita berjaya untuk acquire satu customer pada harga RM75, maka kita tidak untung atau rugi.
Jika kita ingin set target pada LOW iaitu 10% atau RM10 profit, maka perkiraan adalah seperti berikut.
Takeoff Profit = Harga Jualan – Harga Kos – Target Profit
Takeoff Profit = RM100 – RM25 – RM10 = RM65 @ 65%
Target ROAS = 1 / Takeoff profit = 1/0.65 = 1.54.
Dengan kata lain, kos maksimum untuk mendapatkan satu jualan adalah RM65 pada kadar ROAS 1.54 dan anda boleh menyimpan profit sebanyak RM10 pada satu jualan.
Ini adalah target ROAS yang kita perlu letakkan untuk dapat keuntungan serendah RM10.
Dengan kata lain, how much you want to keep value dollar for every dollar spent.
Lagi tinggi target profit yang anda target atau nak simpan, maka ROAS tu akan makin menaik.
Oleh kerana semua nak profit tinggi, nak ROAS tinggi, soalan seterusnya adalah..
Can you maintain high ROAS with high conversion volume?
Tepuk dada, bukak ads manager.