Saya masih ingat lagi pada awal tahun 2016 yang dimana saya decide untuk buat business dan saya stuck, tak tahu nak buat business apa.
Pada masa tu anak kedua baru lahir dan perasaan berurusan dengan seller-seller online untuk membeli produk yang mereka tawarkan – during and post-purchase experience yang tidak seperti yang saya jangkakan (mungkin juga disebabkan jenis produk yang saya beli)
Ibarat selepas kau ambil duit aku, pandai-pandai2 lah kau settle sendiri. Tidak semua tapi experience itu yang membuatkan saya decide – aku nak buat business jual barang baby jugak.
Eventually, jual barang baby ni sebenarnya agak crowded. Sangat ramai jual barang baby tambahan pula yang saya operate online 100%, nak jual barang ribu-ribu ni saya agak risau.
Risau sebab apa?
- Orang tak yakin – takde retail shop. Nak tengok barang pon tak boleh. Jumpa bila close sale sahaja
- Competition – saya decide tak nak main harga tapi ada yang jual lagi murah.
- New kid on the block – saya masih baru, tak tahu apa-apa mengenai niche. Hanya ada semangat membara sahaja 😂
Akhiranya apa yang terjadi? Saya struggle untuk closing. Hampir 3 bulan saya jual barang baby pada ketika itu, dapatlah profit RM7 yang pertama. Sangat gembira. Tetapi terdetik, “apa benda aku buat ni?” Ini lah Wow moment pada saya.
Saya menjual komoditi – nothing special. Kau jual A, aku jual A. Bila letak depan-depan, tiada beza.
Sehinggalah saya baca buku – Killing Giants
Maksudnya apa?
Apa yang saya dapat dalam buku ini adalah apabila kau masih baru, masih kecik, kau ada agility, kau ada flexibility, kau nimble, kau ada kepantasan.
Saya boleh test macam-macam.
Saya juga sedar akan skill saya masa tu – rajin membaca, rajin apply, boleh buat web dan sebagainya. By knowing my skills ni saya yakin, walaupun saya budak baru, saya boleh complete.
Dan saya mula introduce satu perkara yang bagi saya life changing. Offer.
Offer bagaimana? Diskaun? Gift?
Tidak sesama sekali.
Offer yang intangible, susah nak replicate, bernilai terhadap target audiens saya sahaja.
Offer ni jugalah yang membolehkan saya scale business baby saya pada ketika itu, kepada RM50k/month dengan hanya marketing budget dalam RM3k (closing manual, buat campaign ke WhatsApp)
Offer ini jugalah saya berjaya menjual produk harga RM5000 tanpa sebarang masalah. Offer ini juga lah yang membawa saya berjumpa sampaikan rumah berjuta-juta saya pergi bawa produk untuk mereka guna.
Offer ini jugalah yang memberi saya extra income yang bantu saya survive.
Offer ini jugalah yang membuatkan pesain susah nak replicate, tak sempat nak fikir, dan membuatkan saya ada better closing rate walaupun saya tak bagi free produk, tak buang harga malah berjaya jual lagi mahal dari competitor.
Newsletter ini akan terbahagi kepada 3 bahagian dan ini adalah bahagian pertama.
Nantikan newsletter minggu depan yang saya akan kongsi, apa offer yang saya berikan.
Jumpa lagi 🙂
P/S : Dah macam sinetron kan bersambung-sambung haha.