Breakeven ROAS : Berapakah Minimum ROAS Yang Anda Perlu Target?

Seperti yang kita tahu, ROAS atau nama panjangnya adalah Return on Ad Spent merujuk kepada pulangan dari segi bentuk jualan dibandingkan dengan perbelanjaan iklan.

Anda mesti selalu dengar mengenai marketer selalu bercerita berkenaan ROAS 10, 6, 20 dan pelbagai nombor dan anda tertanya-tanya, kenapa anda sendiri tak dapat capai nombor tersebut?

Ada juga yang menyatakan hasrat seperti “Kalau awak boleh berikan saya ROAS 10, saya ambil servis awak”. Ternyata kenyataan ini seperti mengharapkan tadah tangan ke langit, dan berdoa untuk diberikan rezeki berlipat ganda tanpa apa-apa effort.

Kena ingat, yang ada dalam PNL adalah revenue dan profit. Bukannya ROAS. ROAS yang tinggi tidak menjanjikan revenue atau profit yang tinggi. ROAS yang rendah bukan “end of the world”.

Cuba lihat gambar di atas, apa yang anda dapat simpulkan?


(Ya, kita perlu tahu ROAS target yang boleh memberikan PROFIT yang tingi in term of “dollar value” atau RM $$)

Nanti saya akan kupas dengan lebih lanjut di dalam post yang lain.

Tak kisah lah ROAS berapa sekali pun yang anda lihat di “screenshot” para marketer, benda pertama yang anda perlu tahu adalah Breakeven ROAS.

Breakeven ROAS adalah ratio pulangan dari pada kempen yang anda jalankan yang tidak mendatangkan keuntungan atau kerugian.

Bagaimana nak kira breakeven ROAS ni? Formula adalah seperti berikut:

Product price adalah harga jualan produk anda.

Gross profit adalah kadar keuntungan produk anda setelah tolak kos produk.

Misalnya produk anda dijual dengan harga RM100. Kos produk adalah RM20. Maka profit adalah RM80 ataupun 80%.

Untuk dapatkan breakeven ROAS, lihat contoh dibawah.

Apa maksudnya?

Jika ROAS yang ada acquire sekarang ini adalah lebih dari 1.25, anda akan menghasilkan keuntungan (assuming all the calculation is correct). Jika ROAS kurang dari 1.25, anda akan rugi.

Breakeven ROAS ini adalah asas kepada pengiraan ROAS yang anda perlu tahu untuk pastikan aktiviti pengiklanan anda tidaklah rugi. Tetapi jika anda berminat untuk tahu lebih mendalam mengenai topik ini, subscribe newsletter dan saya akan inform anda.

So jangan lupa subscribe.

Berikutnya saya akan ulas mengenai ROAS juga tapi lebih dalam seperti:

  • New customer acquistion ROAS
  • ROAS ni bercampur dengan repeat atau new sale semata?
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Copyright 2023 Afif Rus. All rights reserved.